<script language="JavaScript">
<!--
//Disable right mouse click Script
//By Maximus (maximus@nsimail.com) w/ mods by DynamicDrive
//For full source code, visit http://www.dynamicdrive.com
///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
} Bab
1
Cuaca yang panas terik dan
membahang itu membuatkan Wajihah hilang konsentrasi lalu dia melintas tanpa
memandang kiri dan kanan, kereta Myvi berwarna ungu nyaris nyaris melanggarnya
tetapi tangannya sempat ditarik oleh seorang lelaki yang memakai uniform serba
hitam dan putih. Bukan dia tak tahu, itu merupakan seniornya di fakulti. Sahaja
dia tidak ambil kisah lalu berlalu dari situ. Tetapi langkahnya terhenti
apabila lelaki itu menjerit kearahnya.
“Woi, susah sangat ke nak cakap terima
kasih, orang dah selamatkan dia, dia blah gitu je”. Jerit Izzie
Lelaki itu dipandang lesu. Bukan
dia tidak mahu berterima kasih, tapi dia sudah penat dengan keadaan sebegini.
Jalan kaki dan nyaris nyaris dilanggar. Ini bukan kali pertama buatnya. Sejak ketiadaan
Hakim, dia jadi tak bermaya dan serasa tidak mampu meneruskan hidupnya di
fakulti ini. Di fakulti inilah tempat dia mula mula berjumpa arwah. Arwah orang
pertama yang dia cintai dan arwah adalah orang pertama yang berjaya mengubah
cara hidupnya. Daripada gaya hidupnya yang sosial arwah berjaya mengubahnya 360
darjah. Mana taknya, dari tidak bertudung terus bertudung labuh. Daripada
seorang yang peramah dengan semua orang terus menjadi seorang yang pendiam
terutamanya apabila bersama dengan lelaki lain. Dia tahu, dia bukannya seorang
jelitawan tetapi arwah telah mengubahnya menjadi seorang yang penuh budi
pekerti. Tapi sayangnya umur arwah tak panjang. Arwah disahkan menghidapi leukemia
dan hanya mampu hidup enam bulan setelah didiagnosis.
Sampai saja dirumah, Waji terus
bersalaman dengan mamanya, Puan Arifah. Faham benar mamanya melihat muka lesu
anaknya itu. Sejak kematian arwah Hakim, Waji sudah tidak macam dulu. Cakapnya
jarang jarang, suka termenung. Saban hari dia menasihati Waji agar merelakan
pemergian arwah tapi Waji hanya diam dan kadang kadang tabir matanya akan
bertakung dengan airmata. Bukannya dia tidak kasihan akan anaknya itu, cumanya
dia buntu akan jalan untuk membantu Waji untuk menghadapi musibah ini.
Selepas makan malam, Puan Arifah
duduk disebelah anaknya yang sibuk menonton televisyen.
“ Macam mana keadaan Waji hari
ni, sharelah dengan mama”. Puan Arifah menguntumkan senyuman.
“ Macam biasalah mama, takde beza
pun, cumanya Waji nyaris kena langgar lagi”. Terang Waji sambil memegang tangan mamanya.
Puan Arifah tenang sahaja
mendengar cerita anaknya, kali ni sahaja sudah masuk lima kali anaknya hampir
dilanggar kereta. Waktu mula mula dulu, bengkak bengkak matanya menangis apabila
tangan Waji bengkak besar akibat terkena cermin sisi kereta.
“ Waji ada luka luka tak sayang,
kalau ada luka luka, mama bawak pergi hospital”. Puan Arifah terus
membelek-belek tangan Waji, risau benar dia kalau kalau ada luka atau lebam di tangan
anak tunggalnya itu.
“Takpe mama, Waji okey je, sebab
ada orang tarik tangan Waji tadi. Mama, Mama
sayang Wajikan?”
Pertanyaan anaknya itu
mengejutkan Puan Arifah. “ Kenapa Waji tanya mama macam tu sayang?” Lembut
sahaja pertanyaan Puan Arifah. Dia sememangnya seorang wanita yang lemah lembut
dan penyayang.
Pertanyaan Puan Arifah dibiarkan
sepi. Dia melihat wajahnya anaknya sudah merah menahan rasa.
“ Sebab abang Hakim tak sayang
Waji, dia tinggalkan Waji! Dia tak sayang Waji! Waji sorang sorang mama! Waji nak ikut abang Hakim.” Ngongoi Waji, dia sudah tidak mampu
menahan rindunya terhadap Arwah Hakim.
Namun begitu, Puan Arifah masih
mampu bertenang melihat Waji yang masih menangis teresak esak. Sambil memeluk
anaknya, Puan Arifah mengusap-usap kepala Wajihah.
"Sayang, kalau Hakim tengok Waji
macam ni, dia mesti sedih. Waji kena kuat. Kan tu pesan arwah dulu, nak Waji
kuat, habiskan pengajian Waji. Kalau Waji tak kuat, nanti mama pun tak kuat.
Wajikan sumber kekuatan mama. Dah, jangan nangis lagi sayang. Syhhh. jom mama
hantarkan Waji masuk tidur. Waji kena tidur, rehat cukup cukup.Jangan fikir
sangat ye sayang.” Satu kucupan hinggap di kepala anak kesayangannya itu.
Kejadian petang tadi menerpa
dikepalanya, dia pelik melihat perempuan yang berjalan ala zombie tu. Ada
masalahkah dia? pekakkah dia? Tak mungkin dia pekak, dia berpaling waktu aku
jerit tadi. Haih! Aku pulak yang sibuk risaukan dia, dia ucap terima kasih pun
tak tadi. Kalau aku tak tarik tangan dia
tadi, tamat riwayat hidup dia kat situ, tu pun tak reti nak ucap terima kasih,
pelik betul aku. Lelaki itu masih ingat
wajah perempuan yang diselamatkannya tadi. Kulit sawo matang, mata yang bulat,
hidungnya mancung,pakai tudung labuh tapi sayang tak berbudi bahasa!
Lamunannya terhenti apabila bahunya
disapa oleh teman sebiliknya, Khalil. “ Kau menung apa ni Izzie oi, tangan
letak kt laptop, mata mandang kelain, kau ingat makwe eh?”
Izzie yang terkejut dengan sapaan
kawannya itu hanya membisu. Bukan dia tak mahu cerita cuma baginya itu bukan
sesuatu yang penting. Izzie memang seorang yang suka menyimpan rahsia, kalau
sesuatu benda itu dirasakan amat penting, barulah dia berkongsinya dengan
Khalil. Lagi satu, Izzie ni memang seorang yang berat mulut, dia jarang
bercakap, pergi mana berseorangan, kerana dia tidak suka bergerak beramai
ramai, lambat katanya.
Tiba tiba hatinya tergerak untuk
bertanya kepada roommatenya itu. “ Ada zombie ke kat dalam dunia ni weyh?”
Soalannya itu membuatkan Khalil
tertawa seketika. “Kau cuba buat lawak bodoh ke or kau memang pernah jumpa
zombie?” tanya Khalil sambil menahan gelak.
“Takdelah, aku tanya je, kot kot
ada sebab aku baru nampak zombie petang tadi.” Katanya sambil berjalan kearah
bilik air.
Tudungnya dibetulkan sebelum
dia kedapur untuk bersalaman dengan
mamanya. Hari ni dia hanya memakai baju kurung berwarna hitam berbunga merah
dan tudung berwarna kelabu. Dia tahu tudungnya tidak matching dengan
baju tapi apa dia kisah, semua itu tidak penting lagi buatnya.
“ Waji,tak breakfast dulu ke
sayang. Alas perut tu dengan roti ke, cereal ke. At least minumlah susu dulu.”
Tegur mamanya yang sedang duduk menunggunya di meja makan.
“ Takpela ma, Waji breakfast kat
kafe fakulti je, mama jangan risau.” Terang Waji sambil menyalami tangan
mamanya. Lalu dia berjalan ke bus stop depan taman perumahannya. Waji memang
tidak suka naik kereta, dia lagi suka naik kenderaan awam. Kalau dulu dia
selalu pergi ke fakulti dengan menaiki bas bersama-sama Hakim sebab bas akan
mengambilnya dahulu sebelum lalu didepan rumah sewa Hakim. Bas itu kemudiaannya
membawa mereka terus ke fakulti. Haih, tapi semua itu hanya tinggal kenangan.
Kini dia terpaksa naik bas berseorangan.
Sesampai sahaja di fakulti, Waji
terus berjalan ke kafe fakulti untuk mengisi perutnya, dia hanya memesan teh o
ais dan nasi lemak.” Alas perut apa makan nasi lemak, terus boleh buat lunch
dah kalau makan macam ni”, tersenyum
sendiri Waji memandang nasi lemak yang sedang dimakannya itu tetapi senyumannya
terhenti apabila terasa dirinya sedang diperhatikan. Apabila dia memandang
kekiri, kelihatan tiada siapa pun yang memandangnya. “Perasan betul aku ni”.
Lantas dia menyuapkan nasi lemak itu kedalam mulutnya dituruti dengan beberapa
sedutan air teh o ais. Suapannya
terhenti lagi apabila dia terasa dirinya sedang direnung tajam oleh seseorang.
Apabila dia menoleh sekali lagi kekiri, dia perasan muka yang sama
menyelamatkannya daripada dilanggar kereta semalam.
“Patutlah pandang semacam, orang
semalam. Agaknya marah lagi kot sebab aku tak cakap terima kasih semalam. Haih,
buat baik sikit pun nak suruh orang cakap terima kasih. Memang semua orang dalam
dunia ni buat baik sebab nak balasan.”
Izzie yang sedang duduk bersama
kawan perempuannya leka merenung budak perempuan yang diselamatkannya semalam. “
Pelik betullah aku tengok minah ni, semalam jalan macam zombie, hari ni tengok
nasi lemak pun boleh senyum”. Izzie hanya mampu tersenyum sambil menggelengkan
kepala.
“Izzie, apehal
you senyum senyum ni, bukan main lagi eh you tengok budak perempuan tu, kalau
ada dinding kat depan you ni, boleh tembus dinding tu you tau tak.” Tegur Mel yang duduk disebelahnya.
Izzie yang
tersedar dari lamunan terus mengalihkan pandangan, “ I selamatkan budak tu
semalam dari kena langgar”. Terang Izzie, malas dia mahu terangkan lebih lebih,
lagi diterang lagi banyak soalan yang ditanya budak budak ni nanti. Izzie memang
famous dalam kalangan kawan perempuannya, mana taknya, kalau makan di kafe,
budak perempuan kelasnya mesti nak ambil
kesempatan untuk berbual bersama. Yelah, Izzie kan muka babyface, kulit
putih, muka bersih kalah perempuan, ada lesung pipit dekat kedua dua belah pipi cuma satu sahaja
kekurangannya. Dia pendek!
Usai makan di kafe, Izzie terus
menuju ke auditorium untuk kuliah pertamanya pagi ini, memang bosan tapi nak
buat macam mana, kalau tak pergi nanti, nak bagi alasan apa pada lecterur. Nak
bagi MC, bukannya dia sakit pun. Haih, nak taknak pergi jela oi.
}
function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false;
}
}
}
if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}
document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")
// -->
</scrip