Tuesday 2 July 2013

Aku Cinta Kau Pendek 1


<script language="JavaScript">
<!--

//Disable right mouse click Script
//By Maximus (maximus@nsimail.com) w/ mods by DynamicDrive
//For full source code, visit http://www.dynamicdrive.com

var message="Function Disabled!";

///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}                                                                                Bab 1
Cuaca yang panas terik dan membahang itu membuatkan Wajihah hilang konsentrasi lalu dia melintas tanpa memandang kiri dan kanan, kereta Myvi berwarna ungu nyaris nyaris melanggarnya tetapi tangannya sempat ditarik oleh seorang lelaki yang memakai uniform serba hitam dan putih. Bukan dia tak tahu, itu merupakan seniornya di fakulti. Sahaja dia tidak ambil kisah lalu berlalu dari situ. Tetapi langkahnya terhenti apabila lelaki itu menjerit kearahnya.

“Woi, susah sangat ke nak cakap terima kasih, orang dah selamatkan dia, dia blah gitu je”. Jerit  Izzie

Lelaki itu dipandang lesu. Bukan dia tidak mahu berterima kasih, tapi dia sudah penat dengan keadaan sebegini. Jalan kaki dan nyaris nyaris dilanggar. Ini bukan kali pertama buatnya. Sejak ketiadaan Hakim, dia jadi tak bermaya dan serasa tidak mampu meneruskan hidupnya di fakulti ini. Di fakulti inilah tempat dia mula mula berjumpa arwah. Arwah orang pertama yang dia cintai dan arwah adalah orang pertama yang berjaya mengubah cara hidupnya. Daripada gaya hidupnya yang sosial arwah berjaya mengubahnya 360 darjah. Mana taknya, dari tidak bertudung terus bertudung labuh. Daripada seorang yang peramah dengan semua orang terus menjadi seorang yang pendiam terutamanya apabila bersama dengan lelaki lain. Dia tahu, dia bukannya seorang jelitawan tetapi arwah telah mengubahnya menjadi seorang yang penuh budi pekerti. Tapi sayangnya umur arwah tak panjang. Arwah disahkan menghidapi leukemia dan hanya mampu hidup enam bulan setelah didiagnosis.

Sampai saja dirumah, Waji terus bersalaman dengan mamanya, Puan Arifah. Faham benar mamanya melihat muka lesu anaknya itu. Sejak kematian arwah Hakim, Waji sudah tidak macam dulu. Cakapnya jarang jarang, suka termenung. Saban hari dia menasihati Waji agar merelakan pemergian arwah tapi Waji hanya diam dan kadang kadang tabir matanya akan bertakung dengan airmata. Bukannya dia tidak kasihan akan anaknya itu, cumanya dia buntu akan jalan untuk membantu Waji untuk menghadapi musibah ini.
Selepas makan malam, Puan Arifah duduk disebelah anaknya yang sibuk menonton televisyen.
“ Macam mana keadaan Waji hari ni, sharelah dengan mama”. Puan Arifah menguntumkan senyuman.
“ Macam biasalah mama, takde beza pun, cumanya Waji nyaris kena langgar lagi”. Terang Waji  sambil memegang tangan mamanya.
Puan Arifah tenang sahaja mendengar cerita anaknya, kali ni sahaja sudah masuk lima kali anaknya hampir dilanggar kereta. Waktu mula mula dulu, bengkak bengkak matanya menangis apabila tangan Waji bengkak besar akibat terkena cermin sisi kereta. 
“ Waji ada luka luka tak sayang, kalau ada luka luka, mama bawak pergi hospital”. Puan Arifah terus membelek-belek tangan Waji, risau benar dia kalau kalau ada luka atau lebam di tangan anak tunggalnya itu.
“Takpe mama, Waji okey je, sebab ada orang tarik tangan Waji tadi. Mama,  Mama sayang Wajikan?”
Pertanyaan anaknya itu mengejutkan Puan Arifah. “ Kenapa Waji tanya mama macam tu sayang?” Lembut sahaja pertanyaan Puan Arifah. Dia sememangnya seorang wanita yang lemah lembut dan penyayang.
Pertanyaan Puan Arifah dibiarkan sepi. Dia melihat wajahnya anaknya sudah merah menahan rasa.
“ Sebab abang Hakim tak sayang Waji, dia tinggalkan Waji! Dia tak sayang Waji! Waji sorang sorang  mama! Waji nak ikut abang  Hakim.” Ngongoi Waji, dia sudah tidak mampu menahan rindunya terhadap Arwah Hakim.
Namun begitu, Puan Arifah masih mampu bertenang melihat Waji yang masih menangis teresak esak. Sambil memeluk anaknya, Puan Arifah mengusap-usap kepala Wajihah.

"Sayang, kalau Hakim tengok Waji macam ni, dia mesti sedih. Waji kena kuat. Kan tu pesan arwah dulu, nak Waji kuat, habiskan pengajian Waji. Kalau Waji tak kuat, nanti mama pun tak kuat. Wajikan sumber kekuatan mama. Dah, jangan nangis lagi sayang. Syhhh. jom mama hantarkan Waji masuk tidur. Waji kena tidur, rehat cukup cukup.Jangan fikir sangat ye sayang.” Satu kucupan hinggap di kepala anak kesayangannya itu.

Kejadian petang tadi menerpa dikepalanya, dia pelik melihat perempuan yang berjalan ala zombie tu. Ada masalahkah dia? pekakkah dia? Tak mungkin dia pekak, dia berpaling waktu aku jerit tadi. Haih! Aku pulak yang sibuk risaukan dia, dia ucap terima kasih pun tak  tadi. Kalau aku tak tarik tangan dia tadi, tamat riwayat hidup dia kat situ, tu pun tak reti nak ucap terima kasih, pelik betul aku. Lelaki itu  masih ingat wajah perempuan yang diselamatkannya tadi. Kulit sawo matang, mata yang bulat, hidungnya mancung,pakai tudung labuh tapi sayang tak berbudi bahasa!

Lamunannya terhenti apabila bahunya disapa oleh teman sebiliknya, Khalil. “ Kau menung apa ni Izzie oi, tangan letak kt laptop,  mata mandang  kelain, kau ingat makwe eh?”
Izzie yang terkejut dengan sapaan kawannya itu hanya membisu. Bukan dia tak mahu cerita cuma baginya itu bukan sesuatu yang penting. Izzie memang seorang yang suka menyimpan rahsia, kalau sesuatu benda itu dirasakan amat penting, barulah dia berkongsinya dengan Khalil. Lagi satu, Izzie ni memang seorang yang berat mulut, dia jarang bercakap, pergi mana berseorangan, kerana dia tidak suka bergerak beramai ramai, lambat katanya.

Tiba tiba hatinya tergerak untuk bertanya kepada roommatenya itu. “ Ada zombie ke kat dalam dunia ni weyh?”
Soalannya itu membuatkan Khalil tertawa seketika. “Kau cuba buat lawak bodoh ke or kau memang pernah jumpa zombie?” tanya Khalil sambil menahan gelak.
“Takdelah, aku tanya je, kot kot ada sebab aku baru nampak zombie petang tadi.” Katanya sambil berjalan kearah bilik air.
Tudungnya dibetulkan sebelum dia  kedapur untuk bersalaman dengan mamanya. Hari ni dia hanya memakai baju kurung berwarna hitam berbunga merah dan tudung berwarna kelabu. Dia tahu tudungnya tidak matching dengan baju tapi apa dia kisah, semua itu tidak penting lagi buatnya.
“ Waji,tak breakfast dulu ke sayang. Alas perut tu dengan roti ke, cereal ke. At least minumlah susu dulu.” Tegur mamanya yang sedang duduk menunggunya di meja makan.
“ Takpela ma, Waji breakfast kat kafe fakulti je, mama jangan risau.” Terang Waji sambil menyalami tangan mamanya. Lalu dia berjalan ke bus stop depan taman perumahannya. Waji memang tidak suka naik kereta, dia lagi suka naik kenderaan awam. Kalau dulu dia selalu pergi ke fakulti dengan menaiki bas bersama-sama Hakim sebab bas akan mengambilnya dahulu sebelum lalu didepan rumah sewa Hakim. Bas itu kemudiaannya membawa mereka terus ke fakulti. Haih, tapi semua itu hanya tinggal kenangan. Kini dia terpaksa naik bas berseorangan.

Sesampai sahaja di fakulti, Waji terus berjalan ke kafe fakulti untuk mengisi perutnya, dia hanya memesan teh o ais dan nasi lemak.” Alas perut apa makan nasi lemak, terus boleh buat lunch dah  kalau makan macam ni”, tersenyum sendiri Waji memandang nasi lemak yang sedang dimakannya itu tetapi senyumannya terhenti apabila terasa dirinya sedang diperhatikan. Apabila dia memandang kekiri, kelihatan tiada siapa pun yang memandangnya. “Perasan betul aku ni”. Lantas dia menyuapkan nasi lemak itu kedalam mulutnya dituruti dengan beberapa sedutan air  teh o ais. Suapannya terhenti lagi apabila dia terasa dirinya sedang direnung tajam oleh seseorang. Apabila dia menoleh sekali lagi kekiri, dia perasan muka yang sama menyelamatkannya daripada dilanggar kereta semalam.
“Patutlah pandang semacam, orang semalam. Agaknya marah lagi kot sebab aku tak cakap terima kasih semalam. Haih, buat baik sikit pun nak suruh orang cakap terima kasih. Memang semua orang dalam dunia ni buat baik sebab nak balasan.”

Izzie yang sedang duduk bersama kawan perempuannya leka merenung budak perempuan yang diselamatkannya semalam. “ Pelik betullah aku tengok minah ni, semalam jalan macam zombie, hari ni tengok nasi lemak pun boleh senyum”. Izzie hanya mampu tersenyum sambil menggelengkan kepala.  
“Izzie, apehal you senyum senyum ni, bukan main lagi eh you tengok budak perempuan tu, kalau ada dinding kat depan you ni, boleh tembus dinding tu you tau tak.” Tegur  Mel yang duduk disebelahnya.
Izzie yang tersedar dari lamunan terus mengalihkan pandangan, “ I selamatkan budak tu semalam dari kena langgar”. Terang Izzie, malas dia mahu terangkan lebih lebih, lagi diterang lagi banyak soalan yang ditanya budak budak ni nanti. Izzie memang famous dalam kalangan kawan perempuannya, mana taknya, kalau makan di kafe, budak perempuan kelasnya mesti  nak ambil kesempatan untuk berbual bersama. Yelah, Izzie kan muka babyface, kulit putih, muka bersih kalah perempuan, ada lesung pipit dekat  kedua dua belah pipi cuma satu sahaja kekurangannya. Dia pendek!
Usai makan di kafe, Izzie terus menuju ke auditorium untuk kuliah pertamanya pagi ini, memang bosan tapi nak buat macam mana, kalau tak pergi nanti, nak bagi alasan apa pada lecterur. Nak bagi MC, bukannya dia sakit pun. Haih, nak taknak pergi jela oi.


}

function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false;
}
}
}

if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}

document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")

// -->
</scrip