Thursday 25 February 2016

From Massachusetts With Love part 1

Aku tarik keluar earphone yang aku pakai ni dari tudung apabila aku dengar  ada orang sedang cuba bercakap dengan aku. Tengah fefeling dengar lagu afgan ni sibuk je nak mengacau aku kekonon nak tanya aku nak beli apa, tapi sebenarnya nak mengorat aku. Okey, korang boleh gelak beramai- beramai sekarang.  Amboi! Perasannya kau anak Aziz! Dahla, badan gempal, pakai braces pulak tu. Buta sangatlah orang tu kalau terminat dekat aku.  Kalau korang nak tahu, nama aku Ariana Aziz, takde Nur, takde Fatin, takde Grande okey. Nanti korang jangan memandai pulak nak menambah eh.


Before this, aku tinggal dekat Brunei and now here I am terperosok dekat kampung dengan  atuk dan ami. Sadiskan! Tapi nak buat macam mana, mama dengan abi dah bercerai and now abi dah larikan diri ke US sebab mama dah kahwin dengan lelaki mana tah. Sampai hati mama buat abi macam tu!


“Hello, awak okey miss?” soal Jeremy .  Budak perempuan yang berdiri dihadapannya it dari tadi mengelamun. Bila ditanya nak beli apa, hanya dengusan yang diterima.


Aku berpaling kearah salesman yang masih tersenyum dari tadi. Bukan aku tak tau dia dari tadi nak gelakkan aku tapi mungkin tak sampai hati kot. Aku tersenyum lalu bertanya kepadanya “ Awak dah lama tinggal dekat  sini?” soalku.


Jeremy  tersenyum “Lama juga, since form 1” jawabnya. “Awak nak beli tak recycle bag ni? kalau nak saya letak dekat kaunter”. Tambahnya lagi.


Aku mengangguk tapi sebelum dia berlalu aku sempat mengetuk bahunya lalu dia berpaling “Awak habis kerja pukul berapa?” aku bertanya kepadanya. Kalaulah aku dapat rakam riak muka dia waktu tu!   Memang priceless!


Jeremy  mengerutkan dahinya. “Kejap lagi. Saya habis kerja dalam  pukul 3 petang. Kenapa?” soalnya

Aku mengetapkan bibirku ragu-ragu mahu bertanyanya. “Boleh tak kalau awak tunjukkan saya tempat-tempat yang best dekat sini?” pintaku.

Jeremy  tersenyum. Kelakar juga budak melayu yang berdiri dihadapannya itu. Kebiasaannya, budak Melayu memang malas nak bercakap dengannya, mungkin kerana dia Chindian ataupun mungkin dia agak angkuh apabila bercakap. Cumanya budak ini kelihatan ramah. “Boleh, nanti awak tunggu dekat bus stop depan sana. Saya jemput awak naik kereta.” Balasnya sambil berlalu kearah kaunter.


Aku membelek jam tangan Fossil yang dihadiahkan mama waktu aku mula-mula mengikut dia pindah ke Brunei dahulu. Memang aku dah agak yang lama-kelamaan mama dengan abi akan bercerai tapi yang paling aku tak sangka tu, mama boleh pulak dia pergi kahwin dengan lelaki yang aku sendiri pun tak kenal after a month diorang divorce. Boleh nampak tak siapa yang curang pada siapa sekarang ni.

Lamunan aku terhenti bila ada orang tak makan saman suka suki dia je nak hon aku. Kali ni aku tak syok sendiri, memang betul ada kereta vios hon hon aku.

“Awak nak masuk dalam kereta ke tak?” soal Jeremy  sambil membuka pintu keretanya.

Aku mengangguk sambil masuk kedalam keretanya “sorry and by the way thank you sebab awak sanggup nak bawa saya jalan-jalan.” Ucapku sambil memasang seatbelt.

Jeremy  tersenyum “No problem, awak orang baru dekat sini kan. Anyway, my name is Jeremy  and you?”  soalnya

Chinese rupanya mamat ni, mati-mati aku ingat melayu. Mana taknya, cara dia cakap memang fasih macam melayu cumanya dia cakap agak baku. Dan yang paling penting, dia pakai spec macam aku juga cuma brand spec mata dia oreef tapi aku punya roxy. Aci tak nak cerita dekat korang semua benda! “Oh, just call me Ariana, saya memang baru pindah sini. Saya tinggal dengan atuk saya, before ni saya tinggal dekat Brunei dengan mama. Awak pula tinggal dekat mana?” soalku.

“Kuarters klinik kesihatan.” Jawabnya pendek.

Aku mengangguk tanda tahu.“Ahh, atuk saya selalu pergi klinik tu. Anyway, dah berapa lama awak kerja dekat kedai tu?” soalku saja memecahkan kebuntuan.  Sebenarnya aku dah tak tahu nak tanya dia apa, seriously awkward sangat rasanya berdua-duaan dengan lelaki cina yang baru aku kenal tak sampai dua jam. Tapi korang jangan risau! kalau ada apa-apa yang terjadi dekat aku, aku dah inform atuk dan ami semua detail Jeremy  dan paling peliknya tu, atok senang-senang je nak bagi kebenaran bila aku cakap aku nak keluar dengan Jeremy .  

Jeremy  mendengus. Fikirannya buntu. “tula, memandai nak bawa anak dara orang pergi jalan kononnya, last last tak tahu nak pergi mana. Peningnya! Lagi satu, saya pun tak tahu nak berborak dengan dia. Saya ni manalah biasa bergaul dengan perempuan. Tambah-tambah lagi perempuan melayu! Dekat kampung ni, perempuan melayu ramai yang rempit-rempit! Boleh bilang dengan jari berapa ramai orang melayu yang jadi best student dekat kampung ni and of course la saya adalah best student sekolah dekat kampung  ni dari form 1 sampai form 5. Tapi sebabkan saya cina. Merayulah sana sini, memang susah nak dapat scholarship. Sudah sudah dengan rintihan saya, sekarang ni manalah saya nak bawak budak perempuan ni. Kampung ni bukannya ada tempat best-best pun. Setakat ada kebun getah, ladang tebu dan kedai runcit tempat saya bekerja adalah.”

Tiba-tiba dia mendapat satu idea. “ Kita pergi pekan nak? Saya bawak awak makan kueh teow dekat gerai uncle ni. Awak jangan risau. Before  pukul 6 saya dah hantar awak balik .” Terangnya panjang lebar.

Aku mengangguk tanda setuju “Okey, tak kisah pun lah, asalkan saya dapat makan.” Aku ni bukan apa, mata dah nak terlelap dah dengar lagu cina mendayu-dayu dalam kereta dia ni. Kadang-kadang aku curi pandang dia menyanyi-nyanyi mengikut lagu yang terpasang.  Rasa nak gelak pun ada dengar suara dia ni tapi aku tahankan aje, kalau tergelak nanti tak memasal je aku kena tinggal tepi jalan. Simpang malaikat 44 aku nak balik rumah atuk aku jalan kaki.

Sepanjang perjalanan aku dengan Jeremy  nak pergi pekan, aku tak tahu apa yang jadi. Sebabnya, salahkan lagu mandarin yang dia nyanyi tu. Aku tertidur dari start dia pasang lagu tu sampailah bila dia kejutkan aku. Katanya dah sampai, sampai bila mau tidur. Sampai malam?. Terukkan mamat cina ni. Mulut laser kalah mak joyah!

Aku membetulkan tudung bawal aku yang dah senget-benget ni before keluar. Kalau korang nak tau, kedai uncle yang dia cakap ni bukan kedai pun. Senang cerita dia bawak aku pergi pasar malam. Tapi takpelah. Yang penting perut aku ni kenyang.

Dalam pukul 5.30 petang macam tu, kitorang pun balik ke kampung halaman yang tercinta. Cintalah sangat. Kalau boleh, aku tak nak duduk dengan atuk dengan ami. Tapi mengenangkan apa yang mama buat pada abi, aku jadi sakit hati. Sakit tengok mama sendiri menduakan cinta abi. Entahla, bila dikenang balik kenangan-kenangan lalu, air mata aku ni senang je mengalir. Dulu mama janji yang dia akan pastikan aku, along dengan abang akan dapat kasih sayang dia dan abi sampai akhir hayat diorang. Tapi sekarang, dia yang mungkir janji.

Saya menghulurkan tissue kepada Ariana. Saya tak tahu apa yang dia fikirkan tapi saya yakin dia mesti ada masalah, kalau tak dia tidak akan menangis tiba-tiba. Lepas tu, Ariana ni kuat sangat mengelamun. Saya pun tak faham kenapa perempuan macam dia waktu makan pun nak mengelamun. Orang cina macam papa sangat pantang kalau kami sekeluarga mengelamun waktu makan. Nanti kurang tuah! “Ariana, awak okey?” soalnya lembut.


Aku mengelap air mataku “saya okey, nanti awak dah sampai dekat kampung, tolong berhentikan saya dekat rumah sebelah sekolah menengah tau. Tu rumah atuk saya”. Aku mengingatkan Jeremy .


Jeremy  tersenyum . La, anak cucu tok Aki rupanya, tok Aki ni orang yang selalu jual nasi lemak pagi-pagi dekat sekolah. Sedap sangat nasi lemak dia. Tapi jangan pandang Tok Aki sebelah mata, nama je jual nasi lemak tapi pakai kereta vios macam saya juga! “Oh, saya tahu rumah tu, jangan risau. Sebelum pukul 6.30 awak dah sampai rumah.


Aku tersenyum lemah, tak larat nak digest apa yang dia cakap. Bila balik kampung ni, harapannya aku dapatlah kawan nak buat teman  ke, nak buat teman tengok wayang ke. Ni balik balik, aku terjumpa si Jeremy  ni, diam je kerjanya. Cumanya, aku rasa dia ni jenis observant sikit. Sebabnya, dari tadi aku perasaan dia ni kuat perhati orang, then dia suka bawa buku kecil ni dengan dia. Segala apa yang dia nampak dia akan catit. Mungkin dia tak biasa kot dengan aku tapi aku dah biasa dah dengan orang yang gaya macam Jeremy  ni sebabnya dulukan aku sekolah dekat international school, jadinya ramailah orang macam macam bangsa. Elok je berborak dengan aku! Entahlah! He is one in a million kot.


“Ariana, kita dah sampai rumah atuk awak” ucap Jeremy . Tapi macam biasalah Ariana bukannya nak layan. Leka mengelamun lepas tu tersenyum-senyum pulak tu. Kadang-kadang, saya ni pelik tengok dia. sepanjang 3 jam saya kenal dia, tak boleh biar sikit, mengelamun je kerja dia. Kadang-kadang muka sedih, kadang-kadang dia senyum dan kadang-kadang dia tenung je saya. Part tu memang sangat scary! “Ariana! Kita dah sampai” sergah Jeremy .


Aku menoleh kearah Jeremy  lepas dengar dia jerit, dia ni memang suka buat jantung aku tercabut. Agaknyalah dulu dekat sekolah, dia ni commander PBSM kot. Tu yang lepas gian nak jerit dekat aku tu. “Saya tahulah dah sampai, tapi awak ni janganlah jerit-jerit. Bingit tau telinga saya. Anyway, terima kasih. Assalamualaikum.” Ucapku sebelum menghentak pintu keretanya. 

No comments:

Post a Comment