Thursday 25 February 2016

From Massachusetts With Love part 2

Aku menapak ke sekolah baru aku yang jauh dia tak sampai 5 meter pun weyh. Tapi macam biasalah disebabkan aku budak baru, aku tak perlu pergi perhimpunan, tapi aku kena settlekan macam-macam benda dekat pejabat. Almaklumlah, cikgu tu pun pelik nak tentukan aliran mana yang aku ambil. Sebabnya dulu dekat Brunei, aku ambil science dan akaun tapi dekat sini sains perakaunan tu tak ada. Nak tak nak, terpaksalah ambil science and ambil tuition akaun dekat luar nanti.  Masuk-masuk kelas je, aku rasa macam alien sangat. Nak tahu sebab kenapa? Sebabnya, aku seorang je perempuan melayu dalam kelas 5 science 1. Sedihnya! Yang lain semua Chinese dengan Indian yang tak suka cakap Bahasa Inggeris dan kalau cakap Bahasa melayu tu slang diorang memang pekat betul. Memang ada yang melayu, itupun lelaki nerd yang memang langsung tak bertegur sapa dengan orang. Asing sangat perasaanya, rasa nak je aku lari ke tempat kerja Jeremy . At least, bila dengan dia takdelah rasa asing sangat. Lagipun, dalam tempoh 3 jam aku kenal dia tempoh hari, aku rasa selesa sangat dengan dia. Sebab dia macam abang aku yang nombor 2 tu. Tak banyak cakap tapi dalam hati caring. Mestilah Jeremy  tu caring kan. Kalau tak, dia tak hulur tissue dekat aku and dia takkan tanya aku kenapa aku nangis.


Tengah tengah  aku mengenang nasib, rajin pulak budak perempuan ni duduk sebelah aku, dahla bawak buku teks form five berduyun-duyun. Tak berat ke bag awak tu kak oi!


“Hai Ariana, saya Kristine. Panggil je Kris.” Ucapnya.


Aku tersenyum. Mana dia tahu nama aku eh? Lalu aku memandang tudungku. Ish lupa lagi nak cabutkan nametag ni daripada tudung “Hai Kris. Awak tahu tak mana nak beli semua buku tulis dan buku log ni? ” soalku.


 “Oh, awak boleh beli dekat koperasi dekat blok B. Awak jangan risau, kalau ada masalah. Tanya je saya okey.”


Aku mengangguk dan perbualan kami terhenti apabila Sir Kamil masuk kedalam kelas untuk mengajar matapelajaran Addmath.


Tepat je 2.40 petang, aku apa lagi bergegas berjalan kaki ke tempat kerja Jeremy  . Aku still ada 15 minit sebelum dia habis kerja. Lagipun kedai runcit tu dekat je dengan sekolah, jalan kaki dalam 10 minit dah sampai. Sampai je dekat kedai tu, aku terus pergi ke bahagian sejuk beku, kekononnya nak beli aiskrimla. Tapi saja nak tengok kelibat Jeremy . Dah nak dekat 10 minit jugaklah aku berdiri dekat situ bila auntie ni datang dekat aku.


“You mahu cari apa amoi?” soalnya.


Aku tersengih “Auntie, Jeremy  tak masuk kerja eh?” soalku. Dengar je soalan aku tu, auntie tu terus tergelak dan dia cakap Jeremy  dah berhenti kerja. Haih, waktu aku nak jumpa dia ni jugaklah dia tu rajin sangat nak berhenti kerja. Bila aku tanya auntie tu kenapa dia berhenti, auntie tu cakap. Dia kerja dekat kedai ni waktu cuti sekolah je. Ni lagi buat aku runsing. Jeremy  tu bersekolah lagi ke? Takkan lah dia sebaya aku sebabnya dia dah ada lesen kereta and lagi satu sebab dia nampak matang. Disebabkan berita tu, aku rasa macam dah hilang kawan dekat kampung ni. Rasa macam lagi bosanlah kehidupan aku dekat kampung ni gamaknya.


Sampai je dekat rumah, aku pun terus mandi dan menggolekkan diri dekat atas katil. Penat sangat berlari-lari kononnya nak jumpa Jeremy , sekali dia dah berhenti kerja pulak! Kalau aku cari dia dekat rumah dia nanti nampak sangatlah aku ni desperadonya kan. Tapi aku bukan suka pun dekat dia cumanya aku selesa bercakap dengan dia walaupun dia kadang-kadang angguk angguk gelang-gelang je kepada soalan yang aku tanya.

“Kau ni apa kuat sangat termenung ni Na oi. Ami tengok sejak Abi dengan Mama kau bercerai, badan kau pulak yang susut. Macam kau pulak yang kena tinggal laki. Ni Tok panggil kau makan dari tadi, kau tak menyahut. Bila Ami datang, tengok kau termenung. Sayu hati ami ni Na”.  ucap  Ami sambil memeluk aku.


Aku mengeluh “ami janganlah sedih . Na okey je. Cuma lately Na teringat dekat abi. Macam manalah abi nak duduk sorang sorang dekat US sana.” Luahku. Memang aku bimbang akan abi. Sedingin manapun hubungan mama dengan abi before diorang bercerai, tapi mama tak pernah lupa tanggungjawab dia nak sediakan makan minum abi. Bayangkanlah selepas 24 tahun abi hidup ada pasangan tiba-tiba dia hidup keseorangan. Aku tahu dia tinggal dekat US tu dengan abang Arif tapi abang Arif tu pendiam sama macam Jeremy , mesti abi bosan nanti!



Ami mencebik “Na ni emo sangatlah , tahulah abang Arif Na nak jaga abi  Na nanti. Lagipun abi Na tu bukan budak kecik, dia tu dah 56 tahun Na. Janganlah Na risau. Ni ami nak bagitahu Na. Besok malam, atok nak hantar Na pergi tusyen akaun. Lepas maghrib Na siap-siap terus ye. Na tahu kan atuk tu tak suka orang tak tepati waktu.  Dah, jom turun makan. Nanti kurus tak siapa nak.” Gurau Ami



Aku mencebikkan mulutku. Ami ni suka kenakan aku. Walaupun begitu dialah nenek yang paling best dalam dunia ni!

*****



Jeremy  berbaring diatas katilnya. Saya tak tahu  kenapa sejak kebelakangan ni  saya resah gelisah. Petang tadi, auntie Wong telefon . Katanya ada budak perempuan melayu cari dia dekat kedai.  Saya pasti tu Ariana, tapi kenapa dia cari saya? Dan paling buat saya resah bila saya sendiri yang volunteer nak ajar Ariana prinsip akaun bila Tok Ki minta tolong saya cari cikgu untuk ajar cucu dia prinsip perakaunan. Pelik bila saya automatic rasa nak ajar dia sedangkan saya sendiri pun nak STPM tahun ni. Ahh! Saya tak tahu kenapa bila saya bersama Ariana, saya jadi berdebar-debar. Yelah, dia tu susah nak duga. Dia jenis yang outspoken dan peramah pula tu. Tengoklah hari tu dia marah saya sebab jerit-jerit dekat dia sampai dia hempas kuat-kuat pintu kereta saya. Ish, tak pernah perempuan buat dekat saya macam tu. Memanglah saya ada buat tuition akaun dengan budak budak ni. Itupun waktu weekends je. Tapi ni Tok Ki suruh saya ajar dia hari-hari start dari  pukul 8 sampai pukul 10 malam. Bila tanya mummy, mummy pun suka sebabnya at least saya takdelah tolong budak budak Chinese je. Mummy  kata dia dah bosan  tengok budak-budak Chinese je yang datang ke rumah. Yelah, dia kan indian, dia nak juga bergaul dengan bangsa lain kan.



Keesokan harinya, aku cepat-cepat mengenakan tudung sarung yang aku beli waktu keluar dengan Jeremy  hari tu. Aku terkejut tengok semua tudung yang cantik-cantik dekat pasar malam hari. Dahlah cantik, murah pulak tu. Kenalah cepat-cepat grab!



Aku masuk kedalam kereta untuk pergi ke tempat tusyen dengan atok. Kalau ikutkan hati, aku malas sangat nak pergi tusyen. Ikutkan hati, aku nak drop je prinsip akaun tu, tapi abi kata jangan. Aku kalau boleh, nak jadi anak dia yang taat. Tak sanggup nak sakitkan hati abi lepas apa yang mama buat dekat dia.



“Na, atok nak pesan ni. Belajar dekat rumah orang baik- baik tau. Yang nak ajar Na ni bukan calang-calang orang. Jaga tingkah laku okey.” pesan atok.



Aku tersenyum lemah “Okey atok. Jangan risaulah. Na tahulah nak jaga diri. Na dah besar la tok. Yang nak ajar Na ni lelaki ke perempuan?” soalku pula



“Lelaki, tapi jangan risaulah Na. Budak ni baik orangnya. Tak macam budak-budak dekat kampung ni. Kebanyakannya nakal- nakal belaka.”terang atok.




Sampai je dekat kuarters klinik tu, aku pun masuk kedalam rumah banglo yang disediakan khas untuk staf yang bekerja disitu. Aku disambut oleh auntie Vijay, mak kepada orang yang nak ajar aku ni. Memang confirmlah orang yang ajar aku ni lelaki india sebab mak dia orang india. Auntie ni ramah gila aku cakap dengan kau. Masuk masuk je rumah suruh aku tengok tv lah. Makan keropok lekor lah. Katanya dia beli khas untuk aku. Lepas tu dia suruh aku duduk duduk dulu sebab anak dia tengah mandi. Katanya anak dia baru lepas training basketball. Berpeluh aku dengar auntie ni bercerita!
  “So Ariana, why are you staying here after your family resided in Brunei for so long?” soal auntie Vijay



Aku tersenyum “My parent divorced. My dad left Brunei to live with my brother in USA and my eldest sister lives in UK with her husband so here I am living with my atok and ami. So auntie, are you working here as a nurse or a doctor?” soalku.



“Doctor sweetheart. But auntie punya husband working as a doctor at the general hospital. Dia jarang ada dekat sini. Only me and my son je yang selalu ada dekat rumah.” Beritahunya lagi. seronok juga borak-borak dengan auntie ni. At least takdelah aku rasa awkward bila tunggu anak dia tu.



“Auntie ada berapa orang anak?” soalku lagi.



“Auntie ada 3 orang anak. Dua dua orang tu semua dah fly pergi Ireland ambil medic. Anak auntie yang last ni tahun ni ambil STPM. He’s the stubborn one. Orang suruh ambil medic dia nak ambil Acturial science. Last-last, tak dapat mana-mana scholar. Sebab tula ambik STPM.



Aku mengangguk.  “biasalah tu auntie. Nak dapat scholarship pun bukan senang. Anyway auntie. Thank you belikan Ariana keropok lekor. Lain kali jangan susah susah ye auntie.” Ucapku.



“Jangan risaulah Ariana, mama saya suka kalau awak datang. At least she doesn’t have to layan all the Chinese boys in the house kan mummy?” ucap Jeremy  sambil memeluk mamanya dari belakang.
Aku yang dari tadi  tak henti mengunyah hanya mampu melambaikan tangan aku ni dekat Jeremy . Atok ni kenapa tak cakap awal-awal yang nak ajar aku ni Jeremy ! At least takdelah situasi awkward macam ni terjadi.



“Ariana, awak duduklah dekat meja tu. Kejap lagi saya datang. Nak makan kejap. Lagi satu, awak bacalah dulu chapter one dalam buku teks. Yang tajuk penyata bank tu. Nanti saya terangkan.” Arah Jeremy .



Di dapur, mummynya tersenyum kearah Jeremy . “Why mummy?” soal Jeremy .



“She is a nice girl! I like her Jeremy .” Ucap mummynya.


“Ya, she’s nice and fragile. But please mummy. No matchmaking okey! She’s 17!” warning Jeremy .



Mummynya mencebik. “Okey Jeremy . Makan cepat. Jangan buat dia tertunggu.” Ucap mummynya.



Sebenarnya, ni lah yang saya tak suka pasal mummy. Dia suka sangat nak matchmaking orang. Saya ni Christian dan dia Muslim. Mana boleh! Tentu daddy tak suka. Lagipun dia mana ada perasaan pada saya. Tapi jangan risau. Benda ni bukan berlaku pada saya sahaja. Jason dengan Joshua pun selalu kena matchmaking dengan mummy. Yang paling teruk diorang kena paksa ambil medic sedangkan diorang bukannya nak jadi doctor pun. tapi sayangnya diorang tak berani pun nak lawan decision daddy dan mummy.



Selepas makan, saya duduk disebelah Ariana untuk ajar dia. Tapi entahlah, hati saya ni berdebar-debar dengan teruk. Boleh minta mummy tolong check apa yang tak kena dengan saya ni. Mummy ni pun satu, duduk tengok saya mengajar Ariana sambil senyum-senyum. Apa yang lucunya saya pun tak tahu. Tapi saya tahu yang Ariana tu pun rasa apa yang saya rasa sebabnya ada je benda yang tak kena. Pen dia terjatuhlah, buku dia selak sampai terkoyaklah. Tapi Ariana ni tak macam orang lain. Dia sangat cekap and saya impress sangat bila dia still ingat syllabus akaun tingkatan empat. Memang kaki hafal dia ni!



Tepat jam 10 malam, aku pun kemaslah apa yang patut. Yelah, tak adalah atok tertunggu-tunggu aku nanti. Lagipun kalau boleh aku nak cepat-cepat chow dari rumah ni sebab tak selesalah dengan Jeremy . Semua benda tak kena. Semua benda nak jatuh. Malulah aku!



“Ariana, besok jangan lupa ulang kaji balik penyata bank ni. Saya akan tanya soalan besok. And by the end of this week saya akan buat weekly test. So,awak kena ready.” Pesan Jeremy .



Aku tersengih dan berjalan keluar sambil ditemani Jeremy . Mamat ni dah macam cikgu cikgu aku rasa. Siap nak buat test bagai! “Okey, saya balik dulu eh Jeremy . Thank you. Lagi satu, saya nak minta maaf pasal hempas pintu kereta awak hari tu. Saya minta maaf banyak banyak. Hari tu lepas sekolah saya cari awak dekat kedai, tapi auntie tu kata awak dah berhenti kerja.” Terangku panjang lebar .



Jeremy  tersenyum. Senang hatinya dengan Ariana hari ni. “Its okeylah Ariana, saya tak terasa pun dengan awak, kalau awak ada masalah, awak boleh cari saya dekat sekolah.” Beritahu Jeremy .



“Okey Jeremy , bye bye auntie!” laungku sebelum masuk kedalam kereta atuk.



Jeremy  masuk kedalam rumah selepas mengiringi Ariana ke kereta datuknya. Mummynya duduk di atas sofa sambil menonton cerita Hawaii Five-O. Dia mengambil tempat disebelah mummynya.



“So how was she?” soal mummnya.



“She is a clever girl. Cuma Jeremy  kena bagi dia banyak latihan je. Daddy ada cakap tak bila dia nak balik?”



“Ala, nak alih topic la tu! Daddy on call hari ni.” Ucap mummynya.



Jeremy  mengeluh “Mummy, she’s malay. Lagipun Jeremy  tak fikirlah semua benda ni. Bila Jeremy  dah capai cita-cita Jeremy , barulah mummy boleh matchmakingkan Jeremy  okey!” balas Jeremy .



Mummynya mencebik. “Pergi tidurlah Jeremy  Tan. You ni keras kepala sama macam your daddy. I like her cause she just like me and mummy tak kisah pun kalau you tukar agama. Tengok mummy, mummy okey je convert from hindu to Christian just to marry your daddy. You apa salahnya convert to muslim just to marry her.” Terang mummy.



Jeremy  menggaru kepalanya yang tidak gatal. Inilah masalahnya dengan mummy saya. I don’t love Ariana! Memanglah saya berdebar-debar bila dengan dia. Tapi tak adalah sampai ke tahap nak berkahwin dengan dia. Mummy ni memang over sangat! Sampai fikir nak convert to muslimlah. Kalau daddy dengar ni, mesti dia marah.


No comments:

Post a Comment