Thursday 25 February 2016

Kau Yang Aku Tunggu the final part.

Ezza mengeluh perlahan, kedatangan Ikhmal ke pejabatnya amat mengejut. Kalau datang je tak apa, ni sibuk bawa bunga segala! Apa kes ni! "Hmm, what brings you here?" Soal Ezza straight to the point.

Ikhmal mencebik "Salah ke I datang? Selama ni I keluar masuk office you, you tak pernah kisah pun."

Ezza renung Ikhmal tajam lalu berpeluh tubuh "I ada banyak kerja Ikhmal, I have a column board to finish. So, just straight to the point and we can be done with our business cepat-cepat" balas Ezza sambil tersenyum sinis.

Ikmal melemparkan sampul surat putih diatas meja Ezza "You kenal Raisa?" Soal Ikhmal.

Ezza tersenyum lalu mengangguk. Sampul surat putih tersebut diambil dan dia keluarkan isi kandungannya "I kenal dia. Dia dekat US sekarang" jelas Ezza.

"So you kenallah girlfriend suami you. She's a patient at my hospital. Selalu jugaklah I nampak suami you datang every Saturday for her treatment dengan Dr.Sidek."

Ezza terpana. Girlfriend?. It can't be! Jantung Ezza berdegup kencang. Tak mungkin Muhriz menduakan dia, Muhriz bukan lelaki yang macam tu "Apa je yang you tahu pasal diorang?" Soal Ezza tergagap-gagap.

"I tahu diorang tu couple before Muhriz kahwin dengan you and all of sudden dia accident and you know Dato' Azlan mestilah tak nak menantu cacat so Muhriz pun terpaksalah pilih you and she kept this woman in his house. Sebab tu lah daripada hari tu I cakap yang you ni wife tangkap muat dia je Ezza" jelas Ikhmal selamba. Dapat dia lihat manik manik air mata Ezza mengalir di pipi.

Ikhmal pegang erat tangan Ezza.

Ezza diam lalu disentap tangannya daripada pegangan Ikhmal.

"Ezza, please don't torture yourself sayang. It's not worth it to love a guy like Muhriz and just so you know I will always be there for you Ezza.

Ezza mengesat air matanya lalu menghela nafas perlahan. Dia mengukirkan senyuman pada Ikhmal "Thank you for your effort. Susah-susah you buat semua ni untuk I, cumanya I nak pesan satu benda je dekat you. I hope that you mind your own business and leave my marriage alone for me to handle it. I'm a grown up and I don't need an outsider to report to me what my husband did with another woman. Assalamualaikum" pesan Ezza sambil berlalu keluar daripada pejabatnya.


Ezza keluar daripada teksi dan bergerak masuk kedalam pejabat suaminya. Sampai sahaja dihadapan bilik Muhriz, Ezza cepat-cepat bergerak ke meja Iman, setiausaha Muhriz "Boss ada?" Soal Ezza.

"Ada dalam bilik tapi dia tak nak diganggu. But I think he will be okay if you come surprise him. Nak I masuk and tell him that you are here?"

Ezza membesarkan matanya "Is he okey? Dia ada masalah ke? Never mind, I masuk kejap eh" jelas Ezza sambil menolak pintu bilik suaminya perlahan-lahan. Walaupun marah, Ezza masih mampu tersenyum melihat suaminya yang sedang khusyuk makan subway. Ezza menggelengkan kepalanya, sejak kebelakangan ni dia perasan yang selera makan Muhriz kalah perempuan mengandung. Tiap masa nak makan aja. Bukan dia je perasan, makyam dengan mama pun selalu tegur yang badan Muhriz dah berisi. "Assalamualaikum". Ucap Ezza.

Muhriz mendongak. Cepat-cepat dia mencapai tisu didalam beg plastik untuk mengelap mulutnya. "What brings you here sayang?" Soal Muhriz.

Air mata Ezza tiba-tiba mengalir "Siapa I pada you Muhriz." Soal Ezza lalu duduk diatas sofa.


Muhriz mengeluh perlahan. Ezza sekarang ni sangat emotional, sikit-sikit nnangis. Waktu birthdaynya last week pun Ezza sampai tersedu-sedan menangis apabila dia menyanyikan lagu Jodoh Pasti Bertemu untuk Ezza. "Sayang, kenapa ni?" Soal Muhriz lalu duduk disebelah Ezza. Bahu Ezza dipeluk erat, rambut isterinya itu diusap perlahan "I love you Ezza, you are the woman that I always want to marry in my life. Tolak tepi apa orang cakap pasal you, I will always love you" ucap Muhriz sambil mengucup dahi Ezza.

"I balik dulu kalau macam tu".

Muhriz membesarkan matanya. Terkejut dengan tindakan isterinya. Datang semata nak tanya benda ni je ke?. Ya Allah, Ezza Ezza. " Tunggu kejap sayang, you ikut I balik".


Ezza mengurut perlahan dahinya. “I boleh ambil uber. You jangan risau, I boleh balik office sendiri” ucap Ezza lalu bergerak keluar.

Namun tangannya cepat-cepat ditarik oleh Muhriz. “Balik dengan I, I nak tunjukkan rumah kita dekat you.”

“I boleh balik sendiri. Lagipun I ada banyak kerja dekat offi….”

Belum sempat Ezza menghabiskan ayatnya, Muhriz terlebih dahulu menarik Ezza untuk keluar daripada biliknya “Kali ni bila I cakap you tolong dengar. Tak guna nak jadi isteri yang baik kalau tak nak dengar cakap I.”  seloroh Muhriz sambil mengarahkan Ezza masuk kedalam lift

Ezza menggeleng. “I cakap I tak nak balik dengan you and I don’t need a ride cause I can take uber and I rasa tak guna pun I jadi isteri yang baik kalau you pun ada perempuan lain!” tegas Ezza.

Muhriz tersenyum. Ni sebenarnya soalan yang isterinya nak tanya pada dia. Ezza takkan datang kalau nak tanya soalan remeh-temeh pada dia.“Ni baru Ezza yang betul.” Balas Muhriz sambil menarik Ezza masuk kedalam pelukannya.

 Ezza terdiam, merona merah wajahnya dek tindakan Muhriz itu.


Keadaan dalam kereta senyap sunyi sehinggalah Ezza tiba-tiba menangis tersedu-sedan “Seronok buat I macam tadi? Seronok buat I macam puppet!” jerkah Ezza. "Seronok buat I isteri tangkap muat you! Seronok!"Puas ditahan air matanya namun ianya gugur juga apabila Muhriz tak henti mengucup jari jemarinya.

Muhriz mengeluh perlahan. “Ezza, I didn’t meant to treat you like puppet. I didn’t mean to act cold to you and you know  I love you and I never treat you like my isteri tangkap muat and whatever bullshit that Ikhmal told you.” jelas Muhriz panjang lebar.

Ezza meraup mukanya “ Kalau apa yang Ikhmal cakap tu bullshit, gambar ni apa?" Soal Ezza sambil mencampakkan sampul surat yang berisi gambar diatas dashboard.

Muhriz menggelengkan kepalanya, tak payah buka pun sampul surat tu dia tahu dalam tu penuh gambar dia dengan Raisa. "Puas tengok gambar I dengan Raisa? Gambar tahun berapa dia bagi dekat dia ni?" Soal Muhriz sinis.

Muhriz memegang erat jari jemari Ezza "Sayang, sebab tu I ajak you balik rumah kita. Jawapan dia ada dekat sana. Tak guna I explain semua benda ni, you tu ego, you takkan nak dengar apa pun I cakap. Let say kalau I cakap Raisa tu bestfriend I yang lumpuh. You percaya?" Soal Muhriz.

Ezza cepat-cepat  mengangguk. Sejak kebelakangan ni susah betul untuk dia menyimpan rasa marah dalam tempoh yang lama pada Muhriz. Dan benda yang paling pelik yang dia rasa setakat ni adalah dia sensitif ya amat! Sikit-sikit nak menangis, sikit-sikit jealous. Haih! "Gambar you tengah tolak wheelchair ada dekat dalam tu. Selama ni you tipu I kan? You kata hari Sabtu you kerja tapi you pergi hantar dia pergi hospital kan?" Soal Ezza ingin mendapatkan kepastian.

Muhriz mengeluh perlahan "I dah banyak kali cuba cakap dekat you tapi tak pernah nak dengar apa yang I cakap. Yang you tahu, you benci Muhriz so apa yang keluar daripada mulut Muhriz semuanya bullshit." Keluh Muhriz. "I tahu you dapat semua gambar ni daripada Ikhmal dan I tak pernah salahkan you kalau you salah anggap hubungan I dengan Raisa tapi I nak you juga tahu yang Ikhmal selalu ganggu I dan minta I ceraikan you." Jelas Muhriz sambil memusingkan sterengnya kekiri untuk masuk ke persimpangan bukit antarabangsa "Sayang, I tak minta banyak pun daripada you. I hope bila kita sampai dekat rumah nanti, you ambil masa untuk tenangkan diri and when you are ready, I akan ceritakan segalanya pada you".


Muhriz memberi salam lalu masuk kedalam rumahnya dan terus bergerak ke dapur. Kepulangannya disambut Ciknor yang sedang berkemas di dapur. " Ya Allah Riz, lamanya Ciknor tak nampak batang hidung Riz. Riz sihat?" Soal Ciknor sambil memeluk erat Muhriz.

Muhriz tersenyum "Sihat ciknor. Makin berisi pulak sejak kebelakangan ni!" Jelas Muhriz sambil memperkenalkan Ezza pada Ciknor "Ciknor, ni wife Riz yang Ciknor nak sangat tengok tu. Mulai hari ni kitorang akan tinggal dekat sini so takdelah Ciknor sibuk call Riz kata bosan duk sini sorang-sorang.

Riak wajah Ciknor berubah. Dia sayu sejak Raisa dah berpindah ke US. "Tulah, sejak Cha dah pindah ni ciknor sayu benar Riz. Diangkutnya sekali kak siti tu memang sayulah ciknor. Tak ada siapa nak jadi teman ciknor berborak." Rintih ciknor.

Ezza tersenyum lalu bersalaman dengan ciknor. Sumpah dia amaze dengan suami dia ni! Berapa banyak maid suami dia ada ni. Okeylah, makyam tu obviously maid mama, tapi ciknor dengan kak siti ni siapa pulak? Maid jugak ke? Ezza garu kepalanya yang tak gatal."Ciknor kenapa tak ikut sekali ke US?" Soal Ezza sekadar berbasa-basi.

Muhriz terbatuk perlahan. Soalan jenis apa yang isterinya tanya pada ciknor ni? "Sayang, you masuk bilik dulu eh. You masuk je bilik yang you nampak before kita ke dapur. I ada benda sikit nak cakap dengan Ciknor" arah Muhriz.

Ezza mengangguk lalu bergerak ke bilik dia dan Muhriz. " Dia bergerak masuk kedalam bilik yang akan menjadi bilik tidurnya mulai saat ini. Senyumannya terukir tatkala melihat dekorasi bilik tidurnya itu. Bilik yang hanya dicat dengan warna cream amat kena dengan jiwanya, dekorasinya amat minimalistik, dinding cream tersebut ditampal dengan gambar polaroid yang disusun dengan teratur. Muhriz  memang pandai betul mengambil hati isterinya ni, gambar dia di hari pertunangan mereka hinggalah gambar mereka menyambut hari jadi Muhriz seminggu yang lepas turut ditampal di dinding tersebut. Ezza bergerak kearah work station Muhriz, semua file dan bukunya disusun dengan teratur, namun matanya cepat sahaja menangkap planner berwarna hitam yang amat dia kenali. Yes! Kenal benar dia dengan planner tersebut. Macam mana dia boleh kenal? Obviously ada initial dia 'FHZ' dekat atas kulit planner ni. Huh! Dia selak satu persatu muka surat plannernya.


'22.12 2013 Meet up with El. 2.30 pm'
'23.12 2013 Appointment with Tan Sri Rashid for fibre optic project at 10 am'
'27. 12 2014 Flight to KL  at  2.30 a.m'

"Sayang" panggil Muhriz
Ezza cepat-cepat mendongak apabila Muhriz menghampirinya.Memang sah ni planner dia! Memang sah "Mana you dapat planner I ni?" Soal Ezza apabila Muhriz duduk disebelahnya.

Muhriz terbatuk kecil "Benda tu memang ada dekat dalam kotak waktu I alihkan semua barang-barang you dekat sini. Dahlah, jom makan" ajak Muhriz sambil cuba mengalihkan topik.

Ezza smirk "Tapi I hilang planner ni dekat airport. Heathrow airport. I swear I lost it there and gambar I dalam ni dah tak ada. Gambar I yang pakai tudung dah tak ada" jelas Ezza.

Muhriz cepat-cepat memeluk pinggang isterinya itu " You termisplace je tu sebenarnya and now you dah jumpa balik your planner. You je perasan yang your planner tertinggal dekat Heathrow Airport. Acah-acah mat salih lah kononnya." Seloroh Muhriz sambil tertawa kecil.

Ezza peluh tubuh tanda merajuk "Serious I tak lupa, I bukan jenis pelupa and that picture is the picture I've been trying to get rid off sebab I look so purdy in that picture. Hmm planner dah jumpa tapi gambar pulak hilang." Keluh Ezza.

Muhriz mengusap kepala isteri lalu mengenggam jari jemari Ezza "Sayang, janganlah macam ni, kita lupakan dulu pasal gambar tu, lepas makan kita cari gambar you tu sama-sama. Kalau gambar tu. Tak kisahlah dalam gambar tu, you look so purdy ke, decent ke you will always be a gorgeous woman in my eyes. Jom makan eh" pujuk Muhriz sambil menarik tangan isterinya ke dapur untuk makan tengahhari bersama Ciknor

Langkah Ezza terhenti apabila dia melihat Ciknor sedang berborak dengan Raisa. Yup Raisa dan seorang lelaki yang dia tak kenal "Kejap, tu bukan Raisa ke?"soal Ezza.

Muhriz mengangguk lalu menarik tangan Ezza ke meja makan. Ezza mengambil tempat disebelah Muhriz lalu membalas senyuman pada Raisa yang sedang tersenyum kearahnya "Ni lah wife aku yang kau nak sangat tengok tu. Hari ni dapat jumpa kan" seloroh Muhriz.

"Hye Ezza, how are you. Its good to see you guys are okay with each other"  ucap Raisa. "Ciknor, mak iti kata dia rindu sangat dekat Ciknor, nanti ciknor datanglah rumah Raisa." Pelawa Raisa.

Ezza hanya mampu tersenyum melihat telatah Raisa. Patutlah dia memang disenangi oleh keluarga mentuanya. Ramah bukan main. "Bukannya you kena buat treatment dekat US ke?" Soal Ezza.

Raisa tersenyum lalu memegang erat tangan Reza. "Ciknor pinjam  tangan jap" pinta Raisa. Perlahan-lahan dia cuba untuk bangun. Bibirnya diketap, tangannya menggenggam kuat pergelangan tangan Reza dan Ciknor. Setelah lima minit dia cuba untuk berdiri, akhirnya Raisa dapat berdiri. "Taraaaa, I finally got to stand up tapi still kena follow up dengan Dr. Sidek" ucapnya lalu duduk kerana dia tak boleh berdiri dengan lama.

Ciknor, Ezza dan Muhriz bertepuk tangan. Ciknor mengesat airmatanya lalu memeluk Raisa "Tak rugi Reza pujuk Cha pi operate dekat Amerika"

"Oh back to your question. Actually, I pergi sana sebab nak buat spinal operation and thanks to my husband sebab pujuk I buat, kalau tak sampai bila-bila I putus asa with my treatment. Cumanya, I kena undergo two or three more operation in order for me to walk with a walking stick" jelas Raisa

Ezza mengerutkan dahinya "Your husband? Wait what, you are married to who? To Muhriz?" Soal Ezza yang blur dengan apa yang diperkatakan Raisa.

Raisa mendengus lalu bercekak pinggang "Aku dah agak dah wife kau akan cakap macam ni Riz, kau lah ni tak nak berterus terang dekat dia!"

Reza memeluk bahu Raisa lalu tertawa kecil "I husband dia tapi disebabkan Raisa ni kuat sangat merajuk, dia pun sibuklah nak lari kesana sini so dia pun minta tumpang rumah Muhriz until I jumpa dia. Sayang, you ingat you princess?" Perli Reza.

"Eleh, tapi you cari juga I kan." Seloroh Raisa. Anyway Ezza, if you terdengar rumours about me and Muhriz yang kitorang ni couple and Dato Azlan tak approve marriage kitorang. Huh! How to put this into words eh. Its totally not true and I've been married to Reza since last two years. I love my husband, wouldnt trade him for anything." Jelas Raisa sambil memeluk pinggang suaminya.

Ezza menekup mulutnya cuba menahan ketawa. "God, Im so stupid for being emotional over this stuff." Ezza berpaling kearah Muhriz lalu tersenyum. Muhriz mengusap perlahan kepala isterinya itu "Puas hati kan?"

Ezza mengangguk.

"Riz, bila kau nak pulangkan planner dengan gambar......." Raisa berhenti bercakap apabila Muhriz meletekkan jari telunjuknya dibibir.

"Lepas makan nanti lah." Balas Muhriz lalu mereka berlima pun menikmati makan tengahhari mereka.

Muhriz ikut Ezza bersandar diatas kepala katil "So before ni you memang tak ada girlfriend lah eh?" Soal Ezza.

Muhriz menggeleng lalu tersenyum "Tapi I ada suka dekat sorang perempuan ni. I met her few years ago and I fall in love with her. Love at the first sight I guess."

Ezza tertawa lalu mencebik "Sayang, there's no love at the first sight sayang but there's lust".

Muhriz menghela nafas perlahan "I know that but I can assure you that this is love at the first sight."

Ezza memanjangkan muncungnya. Timbul rasa cemburu terhadap wanita yang pernah mencuri hati suaminya itu. "Macam mana you guys jumpa?" Soal Ezza.

***

20.12 2013 Heathrow Airport.

Muhriz mengeluh perlahan. Papanya hanya menggeleng melihat kelakuan anaknya itu "Tak boleh ke untuk kali ni Riz ikut je arahan papa. Susah sangat ke?"

Muhriz diam. "Pa, I love my job at ELITE. I hate the fact that if I'm going to be a finance director dekat your company sebab tu company papa. Tak boleh ke minta Cik Aida je jadi finance director. Dia wife papa kan." Jelas Muhriz sambil matanya menangkap figura wanita yang sedang memberikan kopi pada penumpang yang sedang terkandas.

"You and mama need to be the director in my company. You are my only child. Cik Aida tak ada anak dengan papa. I will give you time to think.  Please, do it for me." Pinta papanya.

Muhriz diam lalu mengangguk " Just give me some time" pinta Muhriz lalu bergerak kearah perempuan yang menarik perhatiannya tadi. Dia duduk di sebelah perempuan tersebut lalu menghadiahkan senyuman kepadanya.

Wanita tersebut tersenyum. "Flight delay?" Soalnya.

Muhriz tersenyum lalu mengangguk.

"Wanna cup of coffee? here I got one left" soal wanita tersebut lalu menyerahkan coffee yang ada ditangannya pada Muhriz.

"Malaysian? Flight delay too?" Soal Muhriz.

"Malaysian, yup Im a Malaysian. Flight delay? I would say nope! Cause I'm waiting for my friend to pick me up but then she has to stop somewhere  until this snow blizzard stop." Jelas wanita tersebut.

"So whats your...."

"Ezza! Ezza! I'm here girl."

Wanita tersebut membesarkan matanya lalu bergerak kearah lelaki yang memanggilnya "where is El, she said she wanna come and pick me up".

Lelaki tersebut menggeleng " Hmm you know my sister, obviously its her asthma attack again. Come, let me hold your bag, go and take your luggage"

Wanita tersebut bergerak kearah Muhriz lalu mengambil luggagenya. "Enjoy your coffee and have a safe flight" ucap wanita itu lalu berlalu pergi.

Muhriz tersenyum lalu bersandar diatas kerusi "So her name  is Ezza" gumam Muhriz lalu berpaling kearah planner hitam yang terletak disebelah kerusinya."

Ezza membesarkan matanya. " Wait what! So you are the guy at the airport. Seriously! Why can't I remember you?"

Muhriz menjungkitkan bahunya "Mungkin sebab waktu you jumpa I tu I tak handsome kot. Yelah, you got to admit that I look good with my glasses on" jelas Muhriz
Ezza tersenyum lalu menepuk bahu Muhriz manja. "So you tak pernah terfikir ke nak call number phone I yang ada dekat dalam planner tu?" Soal Ezza

Muhriz memeluk pinggang isterinya lalu mengangguk " I did called her on our engagement ceremony tapi dia sombong jerit-jerit dekat I " jelas Muhriz lalu mengucup bibir Ezza. "I love you sayang dan sebab kejadian tu jugaklah, I fall in love with you and I tak pernah percaya apa  benda negatif yang orang pernah canangkan pada I tentang you sebab I see the beauty in you. Your inner beauty. I juga percaya yang your rebellious attitude tu fake je  " seloroh  Muhriz

Ezza membalas pelukan Muhriz "I love you too sayang. Anyway I ada something nak cakap dekat you."

"Apa dia?" Soal Muhriz.

Ezza mendekatkan bibirnya pada telinga Muhriz lalu membisikkan sesuatu.

"Ya Allah! Is it true?" Soal Muhriz.

Ezza mengangguk "Baru three weeks" jelas Ezza.

Muhriz mengucup dahi Ezza lalu memeluk isterinya erat. Tidak sia sia penantiannya untuk mencari wanita yang berjaya membuat dia jatuh cinta pandang pertama. Walaupun banyak ranjau di awal perkahwinan mereka namun dia tidak putus asa kerana baginya jika Ezza jodohnya pasti akhirnya mereka akan bertemu.

No comments:

Post a Comment