Thursday 25 February 2016

Kau Yang Aku Tunggu part 1


Ezza mengambil tempat disebelah alongnya. Daripada riak wajah mama dan abahnya yang serious tu dia tahu yang dia sedang menempah batu nisannya sendiri.


“Farezza Hanum!  Ezza  tahu kan apa yang dah Ezza  buat. Sampai hati Ezza buat Ikhmal macam tu. Mana mama dengan abah nak letak muka ni Ezza ” rintih Puan Azwin.


Belum sempat Ezza membuka mulut mempertahankan dirinya, abahnya pulak menembak lagi sedas teguran buatnya. “Ezza  bukan muda lagi sayang! Abah tahu Ikhmal tu tak sehandsome Hyun Bing yang…


“Hyun Bin abah, nama dia Hyun Bin bukan Bing..” sampuk Ezza .


“Yes Ikhmal maybe tak sekacak Hyun Bin yang Ezza  minat tu tapi Ezza  kena berpijak dibumi yang nyata. Mana ada orang yang sehandsome tu dalam dunia.” Nasihat abahnya.


“bah, ni bukan soal kacak atau tak. Ni soal hati dan perasaan. Ezza  dah tak ada apa apa perasaan dekat dia dan Ezza  tak nak bagi harapan palsu dekat Ikhmal. Susah sangat ke korang semua nak faham!” bentak Ezza sambil memeluk tubuhnya tanda protes.


Puan Azwin membesarkan matanya. Jelik melihat pe’el anaknya yang tak semenggah tu! Suka suka hati dia je nak putuskan pertunangan dengan Ikhmal. Dia ingat Ikhmal tu permainan ke? suka ambil, tak suka buang! “mama tak kira! Kalau Ezza  tak nak terima Ikhmal balik! Then Ezza  kena kahwin dengan anak kawan mama!” ugut Puan Azwin.


“No ma! I will not getting married to anyone! Whether you like it or not Ezza  nak membujang sampai ke tua!” jerit Ezza lalu bergerak masuk kedalam biliknya.


Puan Azwin mengeluh perlahan lalu “Tengoklah tu anak dara abah tu. Manja kan sangat dia sampai macam tu. Kerja nak melawan je!”


Zharif yang dari tadi melihat drama tv swasta antara mama dan adiknya hanya mampu tersengih. “Susah susah, mama  terima jela pinangan Muhriz tu untuk dia ma. Ajar sikit si Ezza tu. Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah.


Puan Azwin mengangguk perlahan. Anak perempuannya tu perlu diajar sikit. “Ezza buat mama macam ni kan. Takpe, hari ni hari Ezza . Besok besok hari mama pulak”.



Sebulan Kemudian


Ezza keluar daripada kereta Myvinya lalu menolak pintu pagar rumahnya. Berdebar hatinya apabila melihat banyak kereta yang terparkir diluar rumah. Cepat cepat dia mendapatkan Sarah yang sedang bergerak kearahnya dengan membawa baju kurung berwarna mint green. “Mek, aku tak ada masa nak explain benda ni dekat kau tapi sekarang ni kau pergi tukar baju ni dekat rumah sebelah.” Arah Sarah sambil menolak Ezza keluar daripada rumah mereka.


Ezza mengeraskan badannya. “Don’t tell me that mama is going to proceed with her plan to get me engage with Muhriz?” soal Ezza sambil menunggu jawapan daripada adik perempuannya.


Sarah mengangguk perlahan. “Too bad. It’s too late to say no right now. So Ms reporter, pergi tukar baju ni sekarang, lepas habis kenduri you can argue as much as you want okey!”


Ezza mengeluh perlahan. Nak menangis tapi air mata pun tak mampu keluar. Dah lah dia tak kenal Muhriz tu siapa, muka pun tak pernah tengok. Cakap pun tak pernah.  Macam mana nak kahwin and macam mana kalau dia lagi hodoh daripada Ikhmal! Hyun Bin oppa!!! Help me!!!!


Ezza cuba memaniskan mukanya ketika bakal mak mentuanya menyarungkan cincin pertunangan di jari manisnya. Bila tengok kereta yang datang dia dah boleh agak yang keluarga mak mentuanya ni berada orangnya. Tapi yang peliknya tu, mana mamat yang nak jadi bakal suaminya tu. Batang hidung pun tak nampak, tapi kalau dia ada pun bukannya si Ezza ni tahu macam mana rupanya si Muhriz tu.



“Cantik sangat bakal menantu auntie ni. Untung Muhriz dapat jadi bakal suami Ezza ” puji Datin Marina, mama Muhriz.



Ezza tersenyum kelat. “Biasa biasa jelah auntie. Muhriznya mana?” soal Ezza sekadar berbasa basi.

“Amboi, belum kahwin dah tanya bakal suami dekat mana. Muhriz sekarang ni dekat UK lagi. Ada Convention. Tapi jangan risau, minggu depan dia baliklah untuk tolong Ezza buat persiapan.” Jelas Datin Marina.



Ezza mengangguk perlahan. Selepas selesai majlis menyarung cincin, Ezza  terus bergerak kedalam biliknya. Dia perlu mengatur strategi untuk sekali lagi putuskan pertunangannya dengan si Muhriz ni. Belum sempat dia cuba melelapkan matanya, Iphonenya berdering menandakan ada panggilan masuk.


“Hello, siapa ni?” soal Ezza .


Muhriz terbatuk  perlahan apabila mendengar suara Ezza  dihujung talian. Kasar benar  suaranya “Assalamualaikum Ezza , ni Muhriz. So macam mana majlis tadi? Semuanya okey je kan?” soal Muhriz.


Ezza mengeluh perlahan. Menyampah pulak dengar soalan mamat ni “Kenapa tanya I, pergilah tanya mama you. Mama you pun ada kot dekat majlis tu tadi.”



Muhriz tersenyum apabila mendengar penjelasan Ezza . Daripada gaya cakap, dia dah boleh agak Ezza ni perempuan yang macam mana. “Oh, mama suruh I tanya dekat you. Anyway, tomorrow I will be going to Paris and you can whatsapp barang hantaran yang you nak. I boleh belikan untuk you.”



Ezza tersengih. Kental jugak mamat ni eh sampai boleh terfikir nak beli barang hantaran semua. “Well Mr Muhriz, I rasa you tak perlulah terfikir sampai ke situ. I yakin yang kita akan putus tunang sebelum sempat you belikan Hermes untuk I!”  bentak Ezza .



“Oh, so you wanna Hermes for the hantaran? Boleh je. You can whatsapp me what colour do you want. Eh, I got to go! Talk to you later Ezza . Jangan lupa solat. Assalamualaikum.



Ezza membesarkan matanya. “Mamat ni alien ke apa. Bullet proofnya! Lain yang aku cakap, lain yang dia interpret. Lepas tu boleh pulak cakap nak bagi aku Hermes. Mampu ke? Ish!!!! Sekalipun kau bagi Hermes, aku pun tak teringinlah nak kahwin dengan kau! Lepas tu sibuk sibuk cakap jangan lupa solat semua. Kau dah kenapa ha Muhriz!” jerit Ezza sambil menghempaskan badannya diatas katil.



Keesokan harinya Ezza mengambil tempat disebelah Sarah lalu mencapai sekeping roti gardenia. Segala masakan yang dimasak mamanya tidak disentuh sejak daripada malam semalam sebagai tanda protes! “Mek, mama suruh kau minta cuti besok sebab dia nak suruh kau pilih baju nikah kau.”



“Mama dah tak ada mulut ke nak cakap dengan aku sampai nak suruh kau jadi postman pulak”
Encik Zairil tersentak mendengar sindiran pedas anak perempuannya itu “Ezza , apa cakap macam ni. Tak elok. Mama kan dah keluar dengan bakal mak mentua Ezza  tadi sebab nak plan wedding Ezza  dengan Muhriz.


“Yada yada yada. Abah dengan mama sama je. Abah ingat Ezza  nak sangat ke kahwin dengan Muhriz tu pa? sampai hati kan abah dengan mama buat Ezza  macam ni. Ezza  tak nak kahwin. Jangankan dengan Muhriz, dengan Ikhmal pun Ezza  tak nak kahwin. Susah sangat ke korang semua nak faham apa yang Ezza  nak?”


Encik Zairil menumbuk kuat meja makan hingga membuatkan Sarah dan Ezza tersentak “Ezza  dengar sini baik-baik! Abah tak pernah ajar Ezza  jadi kurang ajar. Ezza  ingat apa yang Ezza  buat selama ni betul? Mempermainkan perasaan orang tu betul? Berkasar dengan orang tua tu elok? pakai pakaian yang menjolok mata tu elok? Ezza , this is for your own good and this time, you cannot run my dear. Just deal with it. Ezza  akan berkahwin dengan Muhriz bulan depan! Jangan cuba nak lari!” tempik Encik Zairil lalu beredar daripada meja makan. Sakit hatinya dengan si Ezza yang sentiasa menguji kesabaran dia dan isterinya. Dia pun tak tahu pe’el siapa yang si Ezza tu ikut. Sarah dengan Zharif tu elok je pe’el nya. Yang sorang ni sentiasa dia naik darah. Tapi betullah orang cakap, dalam setandan pisang tak semuanya elok.



***

“Azriana Salleh! Ni yang aku tak suka ni!” jerit Ezza . “Kenapa kau edit part yang ni? aku yang interview dia, aku tahulah benda ni betul ke tak. Kata nak buat expose, bila aku dah buat expose korang pandai pandai pulak edit!” marah Ezza sambil membuang artikel yang telah diedit Yana ke dalam tong sampah.


“Tu kau kena tanya editor. Jangan pandai pandai salahkan aku eh. Dia kata expose kau ni terlalu ‘expose’ so tak boleh. Ni majalah fashion kot Ezza , bukannya majalah gossip.” Jelas Yana. “Ha.. lagi satu, boleh tak satu hari ni kau lower down sikit kau punya high pitch tu. Ni office kot, bukan pasar borong sampai dekat semua orang kau nak jerit jeritkan.”


Ezza mengeluh perlahan. Memang hari ni semuanya tak kena. Dekat rumah kena marah dengan abah, dekat office pula macam macam hal. Semuanya pasal kahwinlah ni. Macam manalah dia nak larikan daripada semua bullshit ni! “Yana, kau boleh tolong aku tak?”


Yana mengangguk “apa? nak suruh aku tolong apa?”



“Boleh tak aku nak gantikan tempat kau untuk cover semua outdoor photoshoot and KL fashion week. Kalau boleh dalam sebulan ni aku tak masuk office langsung.” Pinta Ezza .


Yana mencebik “Nak mengularlah tu, apa kata kau gantikan aku for KL fashion week tu dan lepas tu kau mintalah dekat Neil cuti sebab kau nak siapkan column kau tu. Dia mesti bagi punya sebab aku pun macam tu jugak last year. Yelah, aku ni nama je boss tapi tugas HR semua Neil yang handle”
Ezza cepat cepat bergerak ke cubicle Yana “Serious eh Na, kalau aku try minta tapi tak dapat kau tolong eh baca-baca dekat si Neil tu. Kau kan boss.”


Yana buat muka. “untuk kau bukan setakat cuti, kereta Audi pun dia sanggup bagi dekat kau Ezza . Kau tu je memilih. Nak sangat macam Hyun Bin! Memang sampai aku ada anak sepuluh pun kau takkan dapat Hyun Bin kau tu.” Seloroh Yana.


“Siapa tahu one day aku dapat kahwin…. Kejap eh Na.” Ezza cepat-cepat balik ke cubiclenya apabila mendengar iphonenya berdering. “Ni kalau dah number panjang menjela ni of course si Alien tu” gumamnya.


“Hello, you ni tak reti tengok jam ke? I tengah kerja ni” tempek Ezza sambil melihat jamnya yang sudah menunjukkan pukul 12.30 tengahhari.


Muhriz melihat jam tangannya “Bukan sekarang lunch hour ke? Anyway, I’m waiting for you to whatsapp me. Colour apa yang you nak for your Hermes tu, What kind of shoes yang you nak and selain daripada tu, apa yang you perlu untuk jadikan barang hantaran.”


Ezza mengetap bibirnya lalu mengeluh perlahan. Susahnya nak bagi mamat ni faham “I dah cakap dekat you semalam yang kita tak akan kahwin. Which part of it yang you tak faham” tekan Ezza sambil meninggikan pitch suaranya. “ dan lagi satu you ingat you boleh beli I dengan Hermes, Louboutin semua tu. Pleaselah Muhriz, I boleh beli sendirilah benda benda tu semua!” jerit Ezza .


Yana menggeleng perlahan sambil mencuri dengar butir butir perbualan Ezza dengan Mr X. Huyyoo Hermes! Mesti sugardad!


Ezza meletakkan semula Iphonenya diatas meja. Asallah semua orang hari ni nak menyakitkan hatinya. Tak ada kerja lain ke! “Back to where I left. Boleh je Na, mana tahu rezeki aku dapat kahwin dengan Hyun Bin macam Ha Ji Won dalam secret garden tu” sambung Ezza sambil bergerak semula ke cubicle Yana.


Yana tersenyum sinis. Minah ni kalau berangan, memang boleh sampai ke bulan. “Aku tak minat nak dengar pasal Hyun Bin kau tu. Ni sugardad mana nak belikan kau Hermes ni? cuba cerita sikit.”
Ezza menunjukkan buku limanya kepada Yana. “tunang aku” pendek sahaja jawapannya. Eyyy nak muntah pulak bila dengar perkataan tunang tu.


“Seriouslah tunang kau! Bukan kau dengan Ikhmal dah putus ke?"

"Tunang baru"

"Wow! Anak raja mana yang kau rembat ni Ezza oi” Seloroh Yana.

“Aku pun tak tahu anak raja mana weyh. Yang pasti lepas ni kau kena tolong aku cari jalan macam mana nak putuskan hubungan dengan dia. And aku hanya ada masa sebulan je” jelas Ezza.

“Ezza, kau tak payah nak buat gila. Aku dah malas nak tolong kau buat kerja jahat lagi. Mula mula si Nazim, lepas tu si Aqwa then Ikhmal. At the first place, kalau kau tak suka kenapa kau bertunang dengan dia. Then, kau tu bukan muda lagi tau Ezza, umur kau tu dah 28 tahun so otak kau tu patutnya berfungsi macam orang besar bukan macam budak sekolah menengah. Aku nak keluar lunch ni. Kalau kau nak ikut, jomlah.” Ajak Yana sebelum bergerak keluar daripada cubiclenya.



Muhriz meletakkan barang-barang hantaran yang dibelinya diatas meja lalu   merebahkan badannya diatas katil.  At last dapatlah juga lepas ni dia melelapkan matanya. Nasiblah El temankan dia shopping tadi, kalau tak memang penat nak pilih barang-barang yang mama dia pesan untuk dijadikan hantaran.


“Riz, kau jadi ke nak kahwin bulan depan?” sergah Kimi.


Muhriz mengeluh perlahan. Susah nak cakap bila dia sendiri tak pernah mengenali Ezza, rasa macam menyesal pulak cakap dengan mamanya yang dia nak bercinta lepas kahwin. Daripada gaya si Ezza tu cakap macam perempuan yang tak semenggah je “Entah Kimi, aku ikut je plan mama aku lagipun  aku tak berkenalan lagi dengan bakal isteri aku tu. Tak berani nak cakap.”


“Takkan kau tak pernah tengok muka dia macam mana.”


Muhriz mengeluarkan gambar Ezza daripada plannernya lalu menyerahkannya kepada Kimi
“Farezza Hanum”


Muhriz membesarkan matanya. “Wow! If you mean Farezza Hanum Zairil. I will say yes”. Betullah tu nama dia Farezza Hanum Zairil. Kenapa? Kau kenal ke dia tu?”


Kimi mengeluh perlahan. “Despite her decent look in this photo, I would advise you to run away Riz, you still got time. Aku bukan nak memburukkan tunang kau. Seriously I know her well. She’s not your type. Maksud aku dia memang tak sesuai langsung dengan kau. Bukan tak sesuai tapi tak layak langsung nak jadi wife kau.” jelas Kimi.


“Kenapa kau cakap macam tu Kimi, aku ni manusia biasa jelah. Tak adanya istilah layak atau tak layak. Semua manusia ni dilahirkan sama taraf dengan manusia yang lain. Aku rasa dia okey je Kimi, maybe dia kasar sikit tapi its fine to me. Mungkin waktu kahwin nanti aku boleh bentuk dia.” jelas Muhriz.


Kimi hanya mampu tersenyum kelat mendengar penjelasan kawan baiknya itu. Nak bentuk si Ezza tu lepas kahwin? Huh! Sedangkan parents dia pun tak mampu bentuk dia, inikan lagi si Muhriz yang soft-spoken tu. “Entahlah Riz, kalau kau dapat bentuk dia akulah orang dalam dunia yang paling bersyukur dan berterima kasih dekat kau. Lagipun aku dah lama sangat tak jumpa dia so mungkinlah dia dah berubah. Who knows but my advice, selamatkanlah diri kau sebelum terlambat.”

Puan Azwin menarik tangan Ezza keluar daripada butik. “Ezza, kenapa dengan Ezza ni. Kalau tak nak baju tu Ezza cakap tak nak. Tak perlu nak cakap baju tu buruk, tak ikut standard semua. If you don’t want Jovian, we can just go to Rizalman, Nurita Harith, Mimpikita.  Whatever you want my dear” pujuk Puan Azwin.


Ezza memeluk tubuhnya. Susah sangat ke orang tuanya ni nak faham yang dia tak nak kahwin dengan si Muhriz tu. “Ma, first of all Ezza tak ada duit nak beli wedding dress dekat Rizalman. Secondly, Ezza banyak kerja dan susah sangat ke mama nak faham yang Ezza tak nak kahwin dengan Muhriz tu kalau dia belikan Ezza Marchesa wedding dress sekalipun ma, Ezza tak nak kahwin!” bentak Ezza.


Terbeliak mata Puan Azwin apabila mendengar Ezza menempiknya didepan pelanggan yang ada di butik tersebut. “Listen here young lady, mama nak Ezza kahwin juga dengan Muhriz suka ataupun tak suka. And I don’t care whether you don’t have feeling towards him. Mama nak jugak Ezza kahwin dengan dia!”


Ezza tersengih. “Kalau macam tu mama tak akan tengok lagi Ezza  dekat rumah!” jerit Ezza lalu meninggalkan mamanya.

Encik Zairil melihat jam tangannya. Risau benar bila dah malam malam buta ni si Ezza tu tak pulang. Memanglah si Ezza tu jarang balik awal. Tapi bila isterinya kata yang dia bergaduh dengan si Ezza sebelum balik ke rumah tiba-tiba hatinya jadi berdebar. “Tu lah mama, abah dah kata jangan marah marah si Ezza tu. Kita ni kalau nak suruh dia kahwin kita kena berlembut dengan dia. Jangan nak marah marah” keluh Encik Zairil.


Sarah tertawa kecil “Alah, tadi abah mengamuk juga dekat Ezza. Alah bah, rilex okey. Jauh mana je si Ezza tu pergi kalau bukan dekat rumah Yana.


“Alah, kejap lagi dia baliklah tu. Pernah pulak anak kesayangan abah tu balik awal. Mesti pergi clubbing dulu sebelum balik kerumah” celah Zharif.


“Sarah sokong apa yang abang cakap tu. Abah dengan mama jangan risaulah mesti dia balik punya nanti. Lagi satu Sarah nak nasihatkan mama sikit, tak perlulah nak libatkan si Ezza tu dalam melaksanakan dream wedding dia tu ma, ma buat jelah dengan Datin Marina tu sebabnya Sarah dah malas nak dengar dia terjerit-jerit bila balik rumah ni.”


“So bila bakal menantu mama tu nak balik sini?” soal Zharif.


“Dua minggu lagi, tapi kalau dah jadi macam ni mama pun tak yakin nak kahwinkan si Ezza tu dengan dia. Takut nanti belum sampai 24 jam dia dah minta cerai dekat si Muhriz tu”.
Sarah dan Zharif serentak tertawa


“Alah, mama ni kesitu pulak, tapi abah hairanlah macam mana Datin Marina boleh terfikir nak bermenantukan anak kita tu?” soal Encik Zairil



Puan Azwin mencubit lengan suaminya “Abah ni! teruk sangat ke anak kita tu sampai Abah cakap macam tu. Mama pun tak tahu mana Muhriz kenal dengan Ezza tapi Datin Marina kata anak dia dah lama berkenan dekat si Ezza tu and bila Datin dapat tahu si Ezza tu anak mama dia  terus cakap dengan mama dia nak jadikan Ezza menantu tapi waktu tu Ezza tengah bertunang dengan Ikhmal jadi mama tak adalah bagi jawapan dekat dia. Bila dah jadi macam, mama terus cakap yes je. Sampai bila kita nak biar si Ezza tu terus macam tu. Kalau dia dah kahwin nanti, ringan sikit beban kita.” Jelas Puan Azwin panjang lebar.

Ezza merebahkan tubuhnya diatas katil. Okey memanglah petang tadi dia cakap dengan mama yang dia takkan balik ke rumah tapi dia tak ada tempat lain dah nak pergi jadinya terpaksalah dia balik ke rumah. Takkan nak tumpang tidur rumah El, tak pasal pasal nanti kena ceramah agama free dekat laki dia.  Ezza membuka plannernya untuk melihat segala appointmentnya. Sekali sekala keluhan kecil keluar dariapada bibir munggilnya. Pandai betul taktik mamanya suruh Datin Marina pujuk dia pergi wedding dress hunting sama-sama. Memang dia tak boleh nak bagi alasanlah. Dalam dia sibuk belek plannernya itu, Iphonenya kerap kali berbunyi. Cepat-cepat dia membuka whatsappnya


+ Kenapa tak reply whatsapp I? So hows the preparation. You dah ready?


Ezza mengetap bibirnya. Membaca whatsapp tersebut sudah mampu buat hati dia mendidih. Belum apa apa lagi dah kuat dictate orang!


- I tak  nak kahwin so buat apa I nak be ready. Anyway, I rasa you dah boleh stop whatsapp I. I rimas!


Muhriz hanya mampu tersenyum membaca whatsapp yang dibalas Ezza. Garang macam singa!

+  Kalau macam tu jangan menyesal kalau I percepatkan hari pernikahan kita.
-try lah buat macam tu kalau you nak menikah tanpa pengantin perempuan.


+ Ezza, please! kalau you tak nak prepare for our wedding its okey. I yang akan siapkan semua tapi boleh tak you jangan membentak. Its okey kalau you nak buat hal sendiri lepas kita kahwin but please jangan macam ni. Awak tu perempuan. Tak bagus kalau perempuan ada attitude macam ni.

Ezza membesarkan matanya. Satu persatu ayat yang dikarang Muhriz dibacanya. Panas hatinya apabila ditegur oleh lelaki yang belum sah lagi menjadi suaminya. Tapi satu persoalan yang masih lagi berlegar-legar difikirannya hingga kini. Bila dia tanya dekat Yana, macam biasalah jawapan si minah tu. Dah jodoh dia nak kahwin cara macam ni tapi macam mana si Muhriz tu senang-senang je bersetuju dengan cadangan mama dia. Dia takda girlfriend ke? Mustahil!

***

Ezza hanya tersenyum kelat apabila bakal mak mentuanya tersenyum lebar melihat dia mengenakan dress pengantin berwarna Champagne rekaan Altelia Amani.


"Ezza, you look stunning. Mama suka sangat!" Puji Datin Marina.


Ezza mengeluh perlahan. Mendengar perkataan mama tu pun dah buat dia resah. Dalam beberapa hari je lagi dia akan bergelar isteri kepada Muhriz. Tapi yang peliknya tu, sampai ke hari ni dia masih tak bertentang mata dengan si Muhriz.


"Auntie, Muhriz mana? Kenapa sampai sekarang Ezza still tak nampak batang hidung dia?"

Datin Marina tersenyum. " Muhriz busy, banyak kerja yang dia nak kena settlekan dekat office. Maklumlah lepas ni kan korang nak honeymoon dekat Paris"

Ezza mengerutkan dahinya. "Paris? Bilanya dia kata dia nak honeymoon dekat Paris. Hello lepas je nikah ni dia nak terus blah duduk rumah mama dia, tak ada masa nak honeymoon honeymoon ni."

"Miss Ezza, shawl ni Miss Ezza nak pakai macam mana?" Soal Amir.

Ezza tersentak "Bila masa I cakap I nak pakai shawl? I nak sanggul je rambut  then pakai veil" jelas Ezza sambil meletakkan shawl yang dihulurkan Amir ke tepi.


"Tapi bukan ke lagi manis kalau you pakai shawl ni. Tu kan majlis nikah, majlis yang suci.


Ezza berpaling kearah suara yang suka suka hati je nak bagi ceramah agama dekat dia pagi pagi ni. Tatkala melihat raut wajah lelaki tersebut. Dia dah boleh agak yang lelaki inilah merupakan bakal suaminya. Macam mana dia tahu? Senang je! Lelaki dekat depan dia ni pakai spec, chinese chinese look sikit dan muka dia saling tak tumpah macam Datin Marina so taraaa betullah lelaki yang terpacak depan dia ni si Muhriz tu.

"Assalamualaikum Ezza? How are you?" Soal Muhriz.


"Well I'm fine. So you ni siapa eh?" Soal Ezza sahaja hendak menyakitkan hati Muhriz.


Muhriz tersenyum. "Oh I lupa nak kenalkan diri I, my name is Muhriz and you Farezza Hanum kan.Its nice meeting you here." Seloroh Muhriz sambil tertawa kecil.


Ezza terdiam. Bibirnya diketap tanda geram. Bullet proofnya mamat ni! Sumpah tak pernah dia jumpa lelaki yang macam ni! Kita yang sibuk nak kenakan dia, kita yang terkena balik. Geram betul!


Muhriz berdehem lalu duduk disebelah mamanya “Ma, the crew from manggis just called Riz tadi and is it okey for us to shoot the pre wedding video here cause Riz tak free lah on the date yang mama suggest tu?” soal Muhriz sambil meneliti dress yang dipakai Ezza. Cantik! Dress yang berwarna champagne itu nampak cantik bila dipakai oleh Ezza. Warna yang dipilih Ezza tu menyerlahkan kulitnya yang cerah. Tapi satu je yang tak kena dekat hati Muhriz. Kenapa mesti dress dan bukannya baju kurung?


Ezza keluar daripada fitting room lalu berdiri dihadapan Muhriz dan Datin Marina.“Ezza, Ezza tak kisah kan kalau the crew from Maggis nak shoot  pre wedding video korang dekat sini but Ezza jangan risau, mama dah sediakan skrip untuk diorang tanya Ezza so Ezza jawab soalan tu based on soalan yang mama dah buat tu.” beritahu Datin Marina.


Ezza mengetap bibirnya lalu menarik tangan Muhriz masuk  ke fitting room. Ezza menghela nafas perlahan lalu menyinsing lengan dress pernikahannya. “Pre-wedding video? You nak suruh I cerita apa? Oh kami ni berkahwin tanpa cinta sebab bagi kami bercinta selepas kahwin adalah benda yang paling terindah dalam dunia ni. Bullshit! Marrying you is the worst decision I made in life and I need you to know that!” jerkah Ezza.


Muhriz tersenyum lalu menarik tangan Ezza, perlahan-lahan dia turunkan lengan dress yang telah disinsing Ezza sebentar tadi. “Baju ni kan ada sequin, kalau disinsing nanti rosak. Baju ni bukan murah and you need to appreciate the craftsmanship. It is not easy to sew the sequin one by one sayang.” jelas Muhriz. Saja dia gunakan perkataan sayang tu. Hands down dia bukanlah lelaki gatal tapi saja dia nak bagi Ezza lagi sakit hati bila dia panggil si Ezza ni sayang.

Ezza memusingkan tubuh Muhriz menghadap cermin “Cermin diri you dulu before you panggil I sayang. I geli tahu tak! Kan I dah cakap, kita nikah je, kenapa perlu pre-wedding video segala. Tolonglah Muhriz, tak boleh ke sekali ni je you tolong hormati keputusan yang I buat”. Pinta Ezza sambil membuka shawl yang terletak dikepalanya.

“You taknak majlis resepsi, I tunaikan. No reception but this time I just want a pre wedding video and you need to do it. I don’t take no as an answer Ezza. Senang cerita, you just follow my way. Apa yang I jawab nanti you pandai-pandailah angguk!” arah Muhriz.

Ezza mengambil tempat disebelah Muhriz lalu menghadiahkan senyuman kepada crew videographer dan kawan Muhriz yang dia kenal sangat! Siapa lagi kalau bukan si Ezikil suami si El kawan baiknya tu. Korang ni tak boleh ke buat dunia ni besar sikit! Sibuk sangat dengan quote what a small world korang tu.

“Hai Ezza, such a long time since we meet kan? Anyway congrats! Untung you dapat Muhriz as your husband. He’s a great man!

Ezza senyum senget “future husband. Perkataan husband tu belum tentu, mana tahu tiba-tiba I nak batalkan wedding kitorang. Oh anyway it’s nice to meet you again. Can we start now. Lepas ni I nak rushing pergi office.” Pinta Ezza. Sungguh dia tak sanggup nak berlama-lama dekat sini. Duduk sebelah mamat ni je dah cukup buat hati dia membara.

Muhriz cuba menahan tawanya. Kadang-kadang kesian jugak dekat Ezza ni sebab dia tak reti nak chill dan bila dia tak chill dia nampak gelabah dia. Muka macam nak menangis pun ada jugak. Muncungnya tu tak payah cakap, dah boleh sangkut hanger panjangnya.“So macam mana korang boleh kenal?” soal Ezikil.
Ezza terdiam. Gila apa soalan ni. Aku kenal dia pun tak! Ezza cepat-cepat menoleh kearah Muhriz yang sedang tersengih macam kerang busuk. Sengih-sengih pulak mamat ni. Ada yang kena back hand dengan aku karang ni! Ezza memberikan isyarat mata kepada Muhriz mengharapkan Muhriz menjawab soalan yang diajukan kepada mereka tapi Muhriz hanya diam lalu. Ezza menghela nafas perlahan “Actually, kami kenal through our parents. My mum and Muhriz’s mum berkawan baik dan one day my mum tanya whether I nak tak kenal dengan her friend’s son. I was reluctant at first  but then everything happened too fast as we got engage and now here we are at our last fitting session before the wedding” jawab Ezza.

Muhriz mengangguk. Rasa nak gelak pun ada bila dengar jawapan Ezza ni. “We just connected through whatsapp and calls but so far so good because I believed that bless from parents is the vital thing that makes our relationship strong.

Ezza mencebik. Sejak bila tah relationship diorang ni strong. Nak strong macam mana, relationship pun tak ada. Jangan nak berangan sangatlah Muhriz.


“So, the second question is, siapa yang approach siapa dulu.

Muhriz cepat-cepat menjawab “I yang approach dia dulu cause after my mum tunjuk gambar Ezza dekat I, I terus suruh my mum tanyakan her status and bila my mum kata she’s single I terus suruh masuk meminang.” Jelas Muhriz lalu diikuti dengan anggukan Ezza.

“So Ezza, Muhriz ni macam mana?” soal Ezikil.

Ezza tersentak lalu menundukkan wajahnya. Jari-jemarinya digenggam. Ezza menarik nafasnya dalam-dalam “Sorry Ez, I just can’t……” belum sempat Ezza menghabiskan ayatnya, Muhriz cepat-cepat menggenggam tangannya lalu tersenyum. “I think I will answer on this. Ezza dengan I still on the stage we are learning about each other and what I  can say is that Inshaallah I will try my best to be a good husband to her and I believe that she will a good wife and a mother to my children.” Balas Muhriz lalu mengusap perlahan kepala Ezza.

Ezikil tersenyum. “Ezza, you okey?”

Ezza menggeleng. “I think I got to go. I baru teringat I ada kerja dekat office. I’m so sorry” ucap Ezza lalu bergerak meninggalkan mereka. Entah kenapa dia tewas. Gugur juga air matanya. Dadanya terasa sesak dan sebak. Kenapa aku yang kau pilih Muhriz? Kenapa aku!

***
Muhriz menghela nafasnya perlahan, isterinya yang berada dihadapannya ini langsung tidak memberi kerjasama. Tahu nak marah je! Angin satu badan. Rasanya daripada mula si Ezza ni duduk sampailah sekarang selagi boleh muncung nak panjang dua depa. Cepat-cepat Muhriz mengalihkan pandangannya kearah siaran televisyen yang sedang terpasang.  Kalau boleh memang tak nak pun  belek muka Ezza waktu dia tengah marah! Buruk! So girls out there, kalau ada lelaki cakap korang makin cantik bila marah, tu maknanya dia tipu! “Ezza, kenapa nak marah-marah? I  tak pernah paksa you terima pinangan I  at the first place. You  yang terima, so I  teruslah suruh mama buat majlis pertunangan and tahu tak I  dah banyak invest untuk engagement ceremony  kita, jadinya tak boleh sesuka hati je putus tunang. I ni accountant Ezza. Frankly speaking, I kedekut so I takkan suka-suka hati je nak putuskan tunang bila dah bazirkan duit beli barang hantaran.”


Ezza membesarkan matanya. Boleh tak dia nak tujal kepala mamat ni sekarang. Hello,  first thing first,yang setuju terima pinangan dia tu bukan aku tapi mama! Secondly, aku tak minta pun lah  Louboutin dan Birkin tu okey! dengan gaji aku pun aku boleh beli benda alah tu. Tapi kena kumpul dalam tiga empat tahun dululah. “Oh, I lah sekarang ni yang terhegeh-hegeh nak dekat you eh. Hello, I boleh dapat lelaki yang lagi bagus daripada you dekat luar sana. I duduk dekat sini rasa terseksa tahu tak.” I ni dah besar tau Muhriz! Kalaulah you gantung I tak bertali lepas nikah semalam, I lah orang yang paling happy dalam dunia ni tahu tak!” jerit Ezza.


Muhriz hanya menggelengkan kepalanya. Compose Riz, kau kena ingat, perempuan kalau dah datang taufan Katrina dia, kau kena hold back sikit. “Ezza, kalau you dah besar you akan reda dan you bangkitkanlah pasal gantung tak bertali ni, tapi you tahukan yang  I  takkan gantung you tak bertali sebab benda tu ada dalam novel je Ezza. Don’t get carried away. Ni baru hari pertama. You nak hidup dengan I lama lagi kan sayang” saja Muhriz tekan perkataan sayang tu sebab nak bikin Ezza lagi angin.  Ezza apa lagi, mulalah hentak kaki terus capai bomber jacket Kenzo dia keluar daripada biliknya.


Muhriz merenung ceiling bilik Ezza, mungkin betul cakap Kimi. Tak mungkin dia dapat mengubah seorang wanita liar bernama Ezza. Liar? Ezza tak liar, cumanya Ezza seorang perempuan yang heartless dan kasar. Daripada tadi dia menunggu kepulangan Ezza, jam Patek Philippe yang tersarung ditangannya sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Mana awak ni Ezza? Main aci redah je nak keluar daripada rumah lepas gaduh dan tak reti-reti pulak nak balik tu. Ini baru hari pertama dia kahwin dengan Ezza, esok-esok entah macam manalah agaknya.


Ezza menahan teksi lalu masuk kedalam perut teksi tersebut. Nak try Uber tapi tak ada arah tuju. Nak drive lupa capai kunci kereta. Malulah kalau tiba-tiba masuk balik lepas hempas pintu. Tiba-tiba dia teringat dekat El. Rasanya El okey je kot kalau aku redah kondo dia. “Pakcik, hantar saya dekat Binjai 10 boleh pakcik.”

Pakcik tersebut mengangguk lalu teksi yang dinaiki Ezza dipandu laju membelah kepekatan malam.

Sampai sahaja dihadapan rumah El, Ezza cepat-cepat menekan loceng. Okey! don’t judge cause I know that El will not be sleeping at this around. Dia kenal sangat si El tu sebab El tu bukan sebarang orang. Dia tu Elite Corporation punya boss so dia takkan tidur waktu-waktu sekarang ni sebabnya nak teliti banyak benda. Ahh! Just forget it! Yang penting memang betul pun El tak tidur lagi sebabnya muka dia  terang-terang terabahr dekat screen interkom rumah dia ni. “Mimpi apa pengantin tercenguk dekat depan rumah aku ni?” soal El.

Ezza mengeluh perlahan “Can I come in? Ezikil ada dekat rumah ke?” soal Ezza lagi.

El membuka pintu rumahnya lalu memeluk Ezza. “Nope, dia dekat Swiss sekarang ni. Outstation. Well, sorry to say but supposedly pengantin baru needs to enjoy her first night with her husband bukannya tercongok depan rumah aku ni.”

Ezza mengarahkan jari telunjuknya kearah dadanya “El, kau sebenarnya kenal kan Muhriz tu. Dia accountant company kau kan? Soal Ezza bertubi-tubi.

El mengangkat kedua-dua belah tangannya mengalah. “Chill there girl, don’t fret. Obviously lah aku kenal Muhriz but as one of Ez punya collegues waktu dekat ELITE dulu and obviouslylah dia employee aku sekarang  and aku pernah teman dia shopping untuk barang hantaran kau tapi waktu tu sumpah aku tak tahu yang kau bakal isteri dia. So hands down jangan naik angin dekat aku. Anyway Ezza, kita ni bukan muda lagi nak lari-lari  daripada rumah. Okey, I’m not here to deliver tazkirah and I know you hate it so much.” Jelas El apabila melihat Ezza sedang merenungnya tajam. “But then, aku tak nak kau jadi macam aku, kena marah sikit lari, kena paksa sikit lari. Akhirnya aku tak dapat apa-apa pun. Bazir masa bertahun tau. Last-last kahwin umur 31 tahun dengan husband yang lima tahun lagi muda daripada aku and keep on asking bila nak ada anak, bila nak bagi dia baby. Duh~” sambung El lagi sambil mengetuk-ngetuk dadanya.

Ezza menggelengkan kepalanya. Ahh sudah, minah ni punya penyakit dah datang. “Sit here. I’ll take your pill.” Ucap Ezza sambil menarik El untuk duduk ke sofa, lalu dia bergerak masuk kedalam bilik El untuk mengambil pil penenang El.

Setelah pil nya ditelan El berbaring diatas sofa rumahnya “Sorry eh Ezza, aku sekarang ni memang bergantung pada medication”. Jelas El.

Ezza tersenyum “Tahu, aku tahu sebab Ezikil ada bagitahu aku dan aku ni dulu kawan kau yang sentiasa paksa kau makan ubat. Nak harapkan kau makan sendiri. Sampai dah terlantar dekat hospital baru kau sibuk nak makan. El, take a leave and go for a vacation.” Pinta Ezza. kasihan melihat kawannya itu yang sentiasa tiada masa untuk diri sendiri. “Daripada kau balik from UK, sampailah kau kahwin dan sekarang kau tak pernah ada masa untuk diri sendiri. So as you bestfriend, please and please have a honeymoon or shopping in Paris. Just like you used to do when we were young. I’m still young but you old lady, you are 32 this year so please listen to this Ahjumma’s bebelan.” Bebel Ezza panjang lebar.

El membaling bantal kearah Ezza lalu ketawa. Bagi El, Ezza adalah kawan yang sangat memahami dirinya.  Ezza jugaklah orang yang berkawan dengannya kerana dia adalah Ellina Rashid dan bukannya Ellina Tan Sri Rashid. El ingat lagi sewaktu dia naik ke atas rooftop syarikat unclenya, Ezza hanya tersenyum melihat dia mengetuk-ngetuk dada lalu menghulurkan rokok kepadanya. Memang semua orang kata Ezza liar dan kasar tapi baginya hati Ezza sangat mulia. Ezza tak pernah ajak dia ke club walaupun dia tahu Ezza kaki clubbing. Ezza sentiasa mengingatkan dirinya untuk makan ubat dan Ezza juga adalah tempat dia mengadu tentang masalah keluarganya. Dia tahu kasar kasar si Ezza tu dia sebenarnya seorang yang sangat lembut hati dan prihatin. “Ezza, thank you sebab…”

Ezza mencebik “Kau tak payah nak buat muka sendu seribu eh El. Menyampah! Aku tolong sebab aku tak sanggup nak papah kau turun daripada tingkat 10 ni.” seloroh Ezza sambil tertawa kecil. Dia mengeluh lalu melihat waktu di jam tangan yang tersarung di tangannya. Dah pukul 5 pagi. “El, aku balik dululah and aku setkan alarm iphone kau pukul 6 tau.  Nanti kau  nak solat subuh kan.” Pesan Ezza.

El mengangguk lalu tersenyum. Ezza, Ezza.

Muhriz meraup wajahnya setelah mengaminkan doanya. Panjang sebenarnya permintaan dia dekat Allah tapi tu lah, doanya terhenti apabila melihat wajah isterinya tu tersembul dekat depan pintu. Lepas tu minah ni boleh selamba badak je terbaring dekat atas katil. “pergi mana semalam?” soal Muhriz.

Ezza diam.

“Ezza, I tanya you ni. Kenapa tak nak jawab?” soal Muhriz lagi lalu bergerak kearah Ezza. Dia tahu isterinya itu pura-pura tidur lalu dia pun berbaring disebelah Ezza. Dia  menggerakkan tubuh Ezza mengadapnya. “Fyi, I tahu you tak tidur lagi and from now on you kena tidur berbaring mengadap I sebabnya ni je lah caranya you nak dapat pahala lebih.” Seloroh Muhriz

Ezza menutup mukanya dengan bantal “I don’t need the pahala Muhriz, kalau I masuk neraka pun I masuk sorang-sorang. Kubur lain-lain remember?” lawan Ezza

Muhriz mengeluh perlahan. Ya Allah, dangkalnya ilmu agama isterinya itu. Sejak bila ada ajaran masuk neraka sorang-sorang kubur lain-lain ni! “Ezza sayang, I ni suami yang prihatin. Kan lagi elok masuk syurga sama-sama daripada masuk…

“Agghhh, just shut up! I don’t wanna hear you tazkirah subuh. Tak menarik! You are not an ustaz anyway. Please just leave me alone!” jerkah Ezza.

Muhriz bangkit daripada katil. Perlahan-lahan dadanya diurut untuk menghilangkan rasa sebal dihati. Cepat-cepat dia turun ke dapur lalu kakinya berhenti melangkah apabila melihat piano terletak elok di satu sudut ditepi ruang tamu. “Sarah, piano ni siapa yang selalu main?” soal Muhriz.

Sarah jungkit bahu. “Kalau tak abah, Ezza yang selalu main. Tu pun acah-acah main lagu The Man tapi nyanyinya tak pandai” jelas Sarah.

Muhriz mengerutkan dahinya. Apalah yang Sarah merepek ni?

Sarah yang daripada tadi perasan yang si abang ipar dia ni dah start berkerut-kerut menarik tangan abang iparnya kearah piano tersebut lalu diselak nota musik yang tersusun kemas diatas piano “Abang pandai main piano?” soal Sarah.

Muhriz mengangguk.

Sarah tunjuk thumbs up “lagu The Man tu lagu favourite Ezza from Korean drama called Secret Garden. Sebabnya cita-cita dia nak kahwin Hyun Bin tapi dapat abang yang mata agak-agak sepet. Kira okey lah kot! Jadinya, everytime Ezza main piano lagu The Man, dia takkan nyanyi sebab lirik dia berterabur cause she can’t speak Korean.” Jelas Sarah panjang lebar.

Muhriz mengangguk “So wife abang tu fangirl lah?” soal Muhriz lagi.

Sarah mengangguk “Fangirl sesangat. Tengok secret garden sampai meleleh air mata. Tu belum tengok Jekyl and Hyde lagi. Meraung menjerit sakan.”

“Apa yang duk tercegat lagi dekat piano tu. Riz, mari sini duk makan .” Arah mak mentuanya.

Muhriz mengangguk lalu mengambil tempat disebelah Zhafri. Muhriz hanya diam apabila empat pasang mata ralit memandangnya.

Puan Azwin memandang menantunya sayu “Sabar eh Riz, Ezza tu memang macam tu. Dia tu susah sikit mama nak cakap”

Muhriz senyum senget. Dapat dia kesan kesedihan yang terbuku di hati mak mentuanya itu. Muhriz cuba alih topik “Riz ingat nak bawa Ezza tinggal dengan Riz dekat rumah mama Riz je. Mama dengan abah okey tak?” pinta Muhriz.

Encik Zairil dan Puan Azwin menghela nafas perlahan. “mama dengan abah okey je tapi kamu kenalah pujuk tuan punya badan.” Jelas Encik Zairil.

“Nak pujuk tuan punya badan tu yang masalah tu. Nanti tak pasal-pasal abang kena tidur dengan Zhafri. Bukan tak tahu pe’el si Ezza tu. Drama sangat!” celah Sarah sambil tertawa. Kadang-kadang dia rasa akaknya tu terlalu terbawa-bawa dengan novel yang dia suka baca. Kalau tak pun terbawa-bawa dengan drama korea yang dia tengok.







No comments:

Post a Comment