Thursday 25 February 2016

From Massachusetts With Love part 3

Hari ni adalah hari pertama aku berhimpun dekat tapak perhimpunan.  Okey, first of all, pagi tadi aku tersempak dengan Jeremy  dan yang paling  tak bestnya aku kena tahan dengan dia sebab tak pakai nametag. Come on Jeremy ! Takkanlah dia tu tak tahu yang aku ni budak baru dekat sekolah!. Dan lagi satu, kenapa dia tak bagitahu aku yang dia ni headboy dekat sekolah ni. Okey okey! aku tahu aku ni bukan sesiapa untuk tahu apa jawatan dia semua kan. Tapi at least bagilah tahu aku.  But hari ni hari yang okeylah untuk aku sebabnya Danial budak kelas sebelah tiba-tiba tegur aku dekat perhimpunan. Dia kata kalau ada apa apa problem, cari je dia. Macam aku ni bermasalah sangat je semua orang suruh aku cari diorang bila ada masalah.



Masuk-masuk je kelas lepas perhimpunan, aku tengok si Kris ni senyum kalau boleh nak tercabut mulut dia. Disebabkan aku ni bukan jenis yang busybody, aku diamkan aje bila aku nampak kotak hadiah dekat atas meja dia. Yelah, meja dia kan sebelah meja aku.  Waktu dia tengah borak-borak dengan si May, tangan aku ni gatal bebenar nak baca kad warna merah yang terlekat dekat kotak hadiah tu. Sorry, aku dah try taknak baca, tapi siapa suruh dia letak dekat meja dia. Sorokkanlah kalau tak nak bagi orang bacakan!


Happy birthday Kris.                                                                                                                                                    Goodluck for SPM.                                                                                                                                                                 My prayers will always be with you.                                                                                                                              
                                                                              Love,                                    
                                                                                       Jeremy  Lim          



Aku mengerutkan dahi aku ni.  Betul ke apa yang aku baca ni? Aku pun apa lagi, cepat- cepat ambil kad yang terlekat dekat kotak tu lalu aku simpan dalam beg. Bila Kris tanya aku ada jumpa tak kad yang terlekat dekat kotak hadiah dia tu. Aku buat tak tahu je. Tunggulah malam nanti aku nak kenakan si Jeremy  tu. Love, Jeremy  konon. Belum habis STPM lagi sibuk nak bercinta.  Nanti aku report dekat auntie! Tapi asal aku sibuk-sibuk nak report kat auntie. Biarkanlah Jeremy  tu nak bercinta ke, nak kahwin ke. Dia dah 19 tahun kot!



Di dalam kelas, Jeremy  kerap kali memandang keluar tingkap.  Dalam otak saya ni asyik ingat Ariana je, kejap bayangan Ariana tengah marah, sekejap sekejap bayangan Ariana tengah senyum. Hish! Ni semua mummy punya pasal, kenenkan saya dengan Ariana and I can’t get rid of her image in my head right now! Dan yang paling teruk saya asyik rasa nak pandang dia je. Sebabnya kelas dia bertentangan dengan kelas saya. Jadi saya boleh nampak dengan jelas dia tengah tidur waktu Sir Kamil mengajar addmath!


“Jeremy , dah sampai mana dah flight kamu tu Jeremy . Saya tanya soalan bab 1 ni awak mengelamun tah kemana!” perli Sir Haizi.


Muka Jeremy  automatic menjadi merah. “Sorry Sir” ucap Jeremy .


“Ha, tula. Orang mengajar dekat depan entah apa yang ditengoknya dekat seberang sana. Teringat amoi lah tu. Takpe Jeremy , kali ni saya bagi chance tengok amoi cantik .” gurau Sir Haizi. Saya pulak hanya mampu tersengih macam kerang busuk.


*****


Aku mengetuk pintu rumah Jeremy . Rasa macam dekat oversea pulak, nak masuk rumah orang main ketuk-ketuk pintu. Biasanya bagi salam. Tapi takkanlah nak bagi salam kan. Pengsan pulak auntie Vijay tu menjawabnya. Kisahnya hari ni, aku terdatang awal pulak untuk tusyen malam ni. Macam biasalah, manghrib sekarang ni masuk dalam pukul 7 suku. Lepas je solat maghrib berjemaah, atok selagi boleh nak memecut hantar aku ke rumah Jeremy . Selagi boleh nak aku cepat-cepat tak ada dekat rumah. Aku rasa maybe kalau aku ada dekat rumah, atok dengan ami tak boleh nak romantik romantik kot.


Dah lebih 10 minit aku dok tercongok depan pintu rumah dia ni. Akhirnya, si Jeremy  yang tampan lagi tinggi lampai pun keluar. Melampau sungguh perumpamaan aku!  Mesti dia ni belum mandi lagi. Yelah, dengan baju basketnya tu tak tukar-tukar lagi.


“Masuklah Ariana. Nak tunggu besok ke baru nak masuk?” soal Jeremy .


Aku memandangnya dari atas hinggalah kebawah. Tinggi betullah dia ni. Aku ni separas dada dia je. Ish! Orang cina memang semua tinggi-tinggi eh?


“Ariana! Kenapa awak pandang saya macam nak makan?” soalnya lagi.


Aku mendongak lalu aku pandang anak matanya “Saja. Suka tengok awak”. Balasku selamba.
Saya membalas pandangan Ariana  disertai kerutan didahi. Boleh jadi gila saya kalau macam ni. Suka tengok saya? Ish, teruk betullah dia. Selamba je dia cakap begitu. Dia tak takut ke kalau nanti dia tersuka dekat saya?. “ Jomlah masuk. Dekat meja tu saya dah sediakan simple formula. Awak tengok dulu. Fahamkan! Lepas saya mandi, kita buat revision.


“Auntie mana?” Soalku sambil duduk diatas kerusi yang akan menjadi kerusi tetap aku dirumah ni.
“Mummy dekat klinik, ada orang tu bersalin dekat klinik petang tadi. Kejap lagi dia baliklah tu” Balas Jeremy .


Mulut aku automatik menyebut huruf OO. “Baru ingat nak gossip-gossip dengan auntie pasal awak, tengok tengok auntie tak ada dekat rumah!” ucapku, saja nak tarik perhatian Jeremy . Aku kadang-kadang pelik juga dengan diri aku ni. Kenapa aku ni suka menagih perhatian Jeremy  eh? Aku bukannya suka dekat dia. Tapi bila dengan dia aku jadi selesa. Yelah, dia jenis tak bercakap sangat. Tapi aku suka paksa dia bercakap dengan aku. Kadang-kadang aku tahu dia macam fed-up nak layan aku. Tadi bila aku cakap aku suka tengok dia, dia jadi takut nak pandang aku. Tapi dia gagahkan juga nak tatap mata aku ni. Ececece, aku ni bajet tahu je semua isi hati dia. Perasan sangat!


Langkah saya terhenti. Nak gossip pasal saya? Ni tak lain tak bukan mesti nak mengadu dekat mummy saya denda dia pagi tadi dekat sekolah. Macam-macamlah Ariana ni. “Saya mandi dulu,  kalau lapar, saya ada beli nasi goreng kampung. Ambil je dekat dapur”.


Aku mengangguk tanda faham. Aku ni pelik jugak dengan Jeremy  ni, memanglah badan aku ni chubby sikit, tapi berat aku ni 50 kg je weyh. Aku ni bukannya kuat makan sangat pun. Tak perlulah nak sediakan makanan segala. Ni memang nak kena bayar yuran tuisyen lebih ni!


Selepas mandi, saya duduk disebelah Ariana lalu saya sentuh bahunya. Tapi jangan salah sangka, saya tak buat apa apa pun pada dia. Macam biasalah kalau orang kuat mengelamun ni. Kita panggil dia pun dia tak dengar. “Awak dah baca ke belum semua formula tu?” soal Jeremy .


Aku menoleh kearah Jeremy  lalu menilik mukanya. Kenapa dengan aku ni! Suka sangat merenung muka dia. Tengah tengah aku syok menilik muka dia  tiba-tiba aku teringat kad birthday Kris yang aku curi pagi tadi “Awak ada girlfriend tak Jeremy ?” soalku.


Jeremy  menggeleng “Nope, never have it since ages! Tak sukalah benda-benda macam tu Ariana. Dah jom belajar. Saya pun ada kerja ekonomi sikit nak buat sementara saya beri awak latihan ni”. Terang Jeremy .


Aku mengangguk lalu mengeluarkan kad yang aku curi daripada Kris pagi tadi dari dalam beg aku. “Tapi ni apa?” soalku sambil menghulurkan kad itu.


Saya cepat-cepat mengambil kad tersebut daripada tangan Ariana. Terkejut jugak bila dia tunjukkan kad merah ni. Bukan apa, tiba-tiba je soal saya macam detektif. Cuak juga!

   Happy birthday Kris.                                                                                                                                                    Goodluck for SPM.                                                                                                                                                                 My prayers will always be with you.                                                                                                                              
Love,                                       
 Jeremy  Lim     

   
Saya tersenyum saat saya baca isi kandungan kad tersebut. Ariana oh Ariana. Macam budak-budaklah awak ni. Takkanlah awak tak tahu nama saya Jeremy  Tan bukan Jeremy  Lim.  Jeremy  Lim ni bukan ke budak kelas dia? Teruknya! Budak kelas sendiri pun dia tak tahu.


“Jeremy , awak ada affair eh dengan Kris?” soalku lepas aku lihat dia tersenyum. Bak kata orang tua-tua, kalau senyum tu tandanya betullah tu!


Jeremy  tersengih “No, I don’t have time to have any affair with any girl. Anyway Ariana, please concentrate with your works okey, it’s already 9 o’clock and yet you haven’t finish any question that I give you. Jangan buang masa!” marah Jeremy .


Aku mengeluh. Aku tanya je. Nak marah tu pehal. “Okey Jeremy ku sayang!” perliku.
Jeremy  tersentak. Ish Ariana ni! Suka bergurau dengan benda yang boleh buat hati saya berdegup kencang!


“Tengok! awak yang selalu cakap saya termenung, ni awak pulak yang kuat termenung. Cakap tak serupa bikinlah awak ni Jeremy ” tegurku bila aku tengok si mamat ni macam dah tak keruan je. Keruh je muka dia. Ala, aku gurau-gurau je tadi. Lagipun, aku dah terbiasalah bersayang-sayang dengan orang, jadinya terlepas pulak cakap Jeremy ku sayang tadi.


Saya tersenyum, “taklah sayangku Ariana. Saya ni bukannya termenung, cumanya saya teringat dekat awak sahaja”.  Saya memerli Ariana.


Aku dan Jeremy  serentak tertawa. Pandai jugak Jeremy  ni kenakan aku!“Amboi headboy ni! Dah pandai kenakan saya sekarang. Selain dari mendenda saya, apa lagi yang awak buat dekat sekolah eh?” soalku.


“Saya denda awak? Mana adalah. Ariana, stop asking me those questions. Buatlah latihan yang saya beri awak tu. This week nak test. Jangan buang masa”. Saya ni bukan tak suka nak jawab soalan dia tu. Cumanya saya ni tak berapa suka sangat nak bercakap waktu tengah study. Saya memang focus bila study. Sudah terbiasa.



Sedang aku bergurau dengan si Jeremy  ni, aku tengok ada sorang uncle ni masuk kedalam rumah. Tak payah cakap, aku dah boleh agak dah ni memang bapak si Jeremy  ni. Patutlah dia ni handsome. Muka ayah dia handsome tapi garang. Daripada masuk kedalam rumah, sampailah Jeremy  introduce aku dekat dia, dia langsung tak senyum. Cakap pun tak banyak. Sepatah Jeremy  tanya dia, sepatah jugaklah dia jawab. Memang like father like son betul dua orang ni.


“Ariana, saya hantar awak balik sekarang boleh?” soal Jeremy .


Aku mengerutkan dahi aku ni. Tadi beria suruh aku belajar. Ni suruh aku balik pulak. Baru pukul 9 suku kot. Takkan dah nak balik. “kenapa tiba-tiba je?” soalku.


“Nanti saya cerita dalam kereta. Pack your things and tunggu saya dekat kereta ye. Kejap lagi saya datang.” Balas Jeremy .


Aku menunggu dia dekat kereta. Aku pun tak fahamlah dia ni. Kenapa bila bapak dia balik terus jadi kelam kabut. Pelik aku!


Aku masuk kedalam kereta bila aku lihat Jeremy  terkocoh-kocoh keluar daripada rumah. Bila dah masuk kereta dia senyap je. Ingat aku ni tunggul kayu ke apa. Kata nak cerita dekat aku, takkan dah lupa kot! “Awak kata nak cerita tadi, cepatlah cerita”. Arahku apabila dia diam seribu bahasa.
“Saya lupa beli makanan daddy saya, saya lupa yang hari ni dia postcall. So, takkanlah saya nak tinggalkan awak dengan dia dekat rumah waktu saya beli makanan dekat kedai. Baiklah saya hantar awak balik then baru saya beli makanan.” Balas Jeremy .


Aku mencebik “La, ingatkan apalah problemnya sampai terpaksa hantar saya balik awal. Kalau macam tu, kita pergi beli makanan daddy awak dululah, then baru awak hantar saya balik. At least takdelah atok soal siasat saya kenapa balik awal.” Terangku.


Saya mengangguk tanda setuju. Bukan apa, saya terlupa sangat tadi nak belikan makanan untuk daddy. Lepas training mama just pesan belikan makanan untuk Ariana. Mummy tak cakap pun dekat saya yang hari ni daddy postcall. Lagipun saya rasa daddy terkejut tengok saya dengan Ariana berdua dekat rumah. Takut dia fikir yang bukan-bukan je. Sebab tulah saya cepat-cepat keluar daripada rumah. Pasal Ariana, biar mummy yang explain pada daddy!


Sampai je dekat kedai kak Shida, saya tengok teammates basket saya semua tengah makan burger. Memang kebiasaannya diorang akan berkumpul dan makan sama-sama cuma saya je yang jarang join diorang walaupun saya captain basket sekolah. Haih! Kenapalah waktu ni jugak diorang ni nak makan dekat sini. Apa lagi cepat cepat saya duduk dekat  tempat yang hujung sekali membelakangkan diorang semua. Saya harap diorang  tak perasan saya datang berdua dengan Ariana.


Aku duduk berhadapan dengan Jeremy  sebab dia beria sangat suruh aku duduk menghadap dia. Perut ni selagi boleh pulak rasa lapar bila nampak budak budak dekat hujung sana tu makan burger. Nampak macam sedap sangat pulak burger tu di mata aku sekarang ni. Apa lagi, mulalah aku nak pau si Jeremy  ni. Untuk pengetahuan korang, aku ni manalah pernah bawa duit pergi tuition. “Jeremy , nak beli burger boleh tak?” pintaku dengan suara penuh kemanjaan.


Saya mencebik, mulalah Ariana buat perangai manja dia tu. Mesti nak something. “Pergilah beli sendiri. Minta dekat anak kak Shida tu.”


Aku memuncungkan mulutku “saya tak bawak duitlah. Lagipun saya malu. Saya ni manalah kenal orang dekat sini. Macam mana saya nak minta dia buatkan burger untuk saya”.
Dengar je Ariana membebel, saya pun terus pergi dekat tempat buat burger tu. At least tenang sikit daripada dengar bebelan dia tu. Tapi saya takdelah rasa nak marah, rasa happy je sebab saya selesa sangat dengan dia.



Arif menepuk bahu Jeremy , daripada tadi dia lihat kawannya itu sibuk mengelamun. “Jauh menung?” soal Arif.

Jeremy  tersengih. “We tend to remember the pastkan Arif, tak tahu kenapa lately aku teringat memori waktu dekat Malaysia dulu. Haih, how I miss all of that” beritahu Jeremy  pada Arif, sahabat yang dikenalinya sewaktu mengambil masters di Michigan University dulu. Lupa nak bagitahu yang Arif ni orang Malaysia jugak. Sebab tu lah boleh kamceng!

 Arif mengambil tempat disebelah Jeremy , sejak mereka berkawan, JP’s coffee and espresso bar sentiasa menjadi tempat lepak untuk mereka berdua.“Anyway thanksgiving ni family aku nak buat makan-makan sikit, kalau kau free jomlah join. Kau pun bukannya nak balik Malaysia kan?” soal Arif sambil menghirup vanilla lattenya.


Entah kenapa sejak saya  jumpa Arif setahun yang lepas, saya jadi rapat sangat dengan dia dan saya dah tak skema macam dulu nak guna saya awak dengan orang. Sebabnya waktu saya bahasakan awak saya dengan Arif dia tergelak habis! Macam perempuan katanya!


“Ha, my sister will be coming all the way from New Zealand. Bukan senang nak jumpa budak sorang tu. Jadinya nak buat makan-makan sikit and you Jeremy ! Are invited.” ucap Arif.


Jeremy  tersenyum senget! “Yela, boleh tak aku jemput Karen, kau tahukan aku tiap tiap thanksgiving memang dengan dia, nanti this year kalau tak pergi dengan dia, merajuk pula!” Ha, kalau nak tahu Karen ni girlfriend saya. Okey! saya admit saya memang sentiasa teringat dekat Ariana tapi tak salahkan kalau saya ada girlfriend sebabnya lepas je kejadian dekat kampung dulu saya langsung tak contact dengan Ariana! Mama kata dia dah sambung belajar dekat UK. Entahlah.


“Kahwin jela dengan Karen! Buat apa nak tunggu lagi.”


“Kau bila nak kahwin? Aku ni baru 29 tahun. Kau tu dah 31 tahun pun tak kahwin kahwin lagi.” saja saya mengusik Arif, bukan saya tak tahu Arif daripada dulu tak pernah nak ada girlfriend. Katanya takut nanti marriage dia jadi macam mama dengan abi dia. Bila saya dengar cerita Arif, saya akan jadi rindu pada Ariana. Dulu Ariana pernah cerita yang keluarga dia berpecah belah bila mama dia tinggalkan abi dia untuk lelaki lain. Kadang-kadang saya rasa kasihan pada Ariana dan saya cuba untuk jadi tempat dia berkongsi kesedihan. Tapi disebabkan Danial, semua benda berubah!
Arif melemparkan pandangannya keluar café sambil mengeluh “Kalau mama aku tak buat hal, aku dengan Abi takkan duduk sini. Kaklong takkan migrate dekat UK and adik aku takkan kerja dekat New Zealand. It’s hard for me to see my dad in pain. Hari- hari teringat dekat mama and bila auntie Vijay dengan uncle datang visit kau, hati aku jadi sedih. Sejak mama aku kahwin lain, dia mana pernah datang tengok aku.” Rintih Arif.


Saya  tersentak. Cerita Arif sering mengigatkan saya pada Ariana!  Arif ni buat saya lagi rindu pada Ariana. Tapi kenapa saya macam ni! Sedangkan nak dekat sepuluh tahun saya tinggalkan Malaysia dan lepas je kejadian tu berlaku, saya tak pernah pandang belakang dan sejak daripada tu jugak saya tak pernah balik ke kampung. Mama pun dah berpindah ikut papa. Mungkin sebab malu atas apa yang terjadi diantara saya dengan Ariana. Tapi mama tak pernah salahkan kami, katanya ‘everyone makes mistake, we tend to learn something from it so don’t ever regret’. “Anyway, bila kau nak habis PHD? Penat aku nak tunggu  brainmaniac macam kau ni nak habis belajar.”


Arif mencebik “Dalam  tahun depan habislah, aku ajak buat PHD taknak. Sibuk nak kerja dengan si Karen tu. Yela, sweet couple dekat sini. Mana boleh berpisah” perli Arif.



Saya mengeluh perlahan. Kalaulah Arif tahu yang hati saya ni hanya untuk Ariana sorang. Mesti sekarang ni Ariana dah jadi seorang perempuan yang cantik dan matang. Yela, dulu dia takdelah cantik sangat sebabnya dengan gaya dia yang pelik pakai braces and sebab dia chubby sikit.  Tapi sebab gaya dan perangainya yang pelik tu yang membuat saya sangkut dekat dia.

No comments:

Post a Comment